BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Monolog Kehidupan

Jangan risaukan sesuatu yang tidak kita miliki
Tetapi risaukanlah nikmat yang tidak kita syukuri
 
Bahagia itu bermula dengan diri sendiri. Bukan dengan pasangan, bukan dengan kerja, bukan dengan duit. Hanya kamu dengan Allah
 
motivasi drmazaa.jpg

...........
 
from Dr Maza
Hidup merupakan satu permusafiran..berjalan menuju ke titik pengakhiran..kadang-kala terpinggir tergelincir.
Tapi jiwa tidak pernah mungkir..ke tempat akhir tetap terukir.
dosa sentiasa ada..demikian insan dicipta..namun,memohon ampun adalah sikap seorang hamba..kernanya tiba redha Sang Pencipta.
Teruslah berjalan wahai insan menuju Tuhan..memohon agar kesalahan dihapuskan dan rahmat menjadi hamparan
 
Teruntuk diriku
Terima kasih telah bertahan sejauh ini
terima kasih sudah bersedia berjuang bersama
menopang tubuh lemah yang hampir tumbang ini
Terima kasih telah menyembunyikan
segala kesedihan di hadapan yang lain
kerana tak ingin terlihat lemah
sudah bersabar untuk tidak pudar
jatuh dan kembali bangun
 
Kurniaan Mampu Berdoa

Apabila ALLAH mengurniakan seseorang jiwa yang mampu berdoa kepadaNYA dengan penuh pasrah dan kusyuk, bererti DIA telah mengurniakan kurniaan yang maha besar. Bukan semua insan mampu melakukan hal itu. Ada insan yang apabila ingin berdoa kepada ALLAH, tidak hadir dalam dirinya jiwa kehambaan yang penuh pasrah, cinta dan harap. Jiwanya kering, sekalipun tangannya diangkat berdoa.

Lebih dahsyat, ada yang tenggelam dalam cabaran kehidupan, tapi tetap tidak teringat untuk merendah diri kepada ALLAH berdoa kepadaNYA. Sebaliknya, dia hanya terbayang selain ALLAH yang dia rasa mampu menolong dirinya samada manusia atau lain-lain. Dia bersandar kepada mereka itu sepenuhnya, dia melupai Tuhan Yang Maha Berkuasa dalam kehidupan ini.

Demikian itu kita faham maksud Saidina Umar bin al-Khattab dalam riwayat al-Tirmizi bahawa beliau tidak risau tentang kemustajaban doa, tetapi risau tentang doa itu sendiri. Jika seseorang itu diilhamkan berdoa dengan makna yang sebenar, maka kemustajaban itu bersamanya.

Bersyukurlah apabila kita dikurniakan ALLAH jiwa yang penuh kehambaan apabila berdoa kepadaNYA. Dikurniakan jantung hati yang sentiasa ingin berdoa dan menikmati kemanisan perhubungan dengan ALLAH apabila berdoa.
- Dr Maza
 
Doa Yang Hakiki

Doa adalah semulia-mulia perkara di sisi ALLAH. Demikian perkhabaran Nabi s.a.w. Ini kerana semasa berdoa hamba itu akan pasrah sepenuhnya kepada ALLAH, merasai ketidakupayaan diri dan kebergantungan mutlak kepada ALLAH. Dia merasa betapa hina dirinya di hadapan kebesaran tuhannya. Betapa dia beriman dan mengiktiraf keagungan,kudrat dan kekuasaan ALLAH dalam segala hal.

ALLAH Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan. Doa adalah pengharapan hamba kepada tuhannya yang dipohon dengan penuh kerendahan diri sebagai hamba.
Apabila seseorang yang berdoa seperti yang disifatkan itu, maka dia memenuhi maksud berdoa.

Maka,jangan hairan jika doa seseorang ditolak, kerana barangkali dia gagal menempatkan perasaan kehambaan yang penuh pasrah kepada ALLAH ketika berdoa.
Namun, apabila hamba itu dapat menempatkan rasa kehambaan yang sepenuhnya, dia akan melihat kemustajaban doanya. ALLAH tidak memungkiri janjiNYA
 
Ikhlas Penentu Amalan

Betapa banyak amalan insan yang dipuji oleh ramai orang tetapi di sisi ALLAH ia tidak dihitung sebagai amalan soleh yang membawa ke syurga. Antara sebab utamanya, amalan tersebut tidak IKHLAS.

Perkataan ikhlas mudah disebutkan di lidah, tapi tidak semudah itu untuk ditetapkan dalam jantung hati insan. Ikhlas bermaksud hanya redha ALLAH yang menjadi tujuan dalam sesuatu amalan baik yang dilakukan. Tidak untuk pujian atau keredhaan makhluk. Tidak juga untuk sesuatu kepentingan dunia yang diinginkan.

Apabila ikhlas itu memenuhi jiwa dan amalan itu bertepatan dengan syariat, maka itu dinilai sebagai amalan soleh di sisi ALLAH. Di situ adanya keredhaan ALLAH dan ganjaran syurga yang dijanjikan. Dari situ juga, keberkatan dalam kehidupan dunia ini dikurniakan.

Jika setiap kita merenung dan muhasabah diri sendiri, berapa banyak amalan kita yang memenuhi maksud ikhlas?! Maka, kita akan tahu bahwa mungkin seseorang yang disangka banyak melakukan amalan soleh, tapi ia di sisi ALLAH sekadar untuk dunianya sahaja, tidak untuk dibawa ke akhirat.

Pohon perlindungan dengan ALLAH daripada amalan yang kita perasan soleh, di akhirat kelak ia hanya debu yang berterbangan, tidak diterima di sisi ALLAH. Ketika itu bagaimanakah kedudukan timbangan amal baik dan jahat kita?! Manakah yang lebih berat setelah ditolak amalan yang tidak ikhlas?! Ia sangat merisaukan!
 
Back
Top
Log in Register