Pelan saya mula-mula saya nak buat technical analysis ialah menggunakan support and resistance & trendline.
Cara nak pergi lebih advance lagi ialah buka multiple timeframes.
Kemudian barulah tambah indicator lain-lain yang patut.
Average True Range ialah untuk plan money management.
Tetapi sekarang saya nak ringankan analysis mode saya dengan hanya menggunakan support and resistance saja dan tinggalkan trendline.
Apapun trading ialah masih lagi dengan multiple timeframes dan Average True Range.
Melukis trendline ini bersifat subjective dan melibatkan trial and error.
Selain itu trendline ini menggunakan banyak tenaga dengan kena update dari semasa ke semasa.
Sebanarnya trader itu boleh saja melihat trend dengan imbas pada chart beberapa saat saja.
Secara kasarnya lihat arah pergerakan market sama ada ke atas atau ke bawah.
Berbanding dengan support and resistance ia memerlukan banyak memori untuk analysis.
Walaupun melukis support and resistance lines nampak simple tetapi ada banyak makna di sebalik garisan yang berlapis-lapis dan berwarna-warni itu.
Kadang-kadang trader itu kena scroll balik chart ke belakang untuk confirm satu support and resistance line itu.
Analysis kali ini lebih jimat tenaga maka bolehlah saya bagi tumpuan pula pada currency pairs yang lain.
Kemudian lebih banyak peluang trading dapat dicari.