Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
Theory Melukis Trendline
Seperti support and resistance, trendline juga mempunyai kekuatan level yang tersendiri.
Ada dua cara menentukan kekuatan sesuatu level trendline:
1. Apabila harga membuat dua reversal yang significant (high atau low)
2. Apabila harga membuat lebih daripada dua reversal (high atau low)
Contoh yang pertama:
![]()
L1 dan L2 ialah dua reversal yang significant. Kedua-duanya kelihatan agak besar. Maka up trendline dilukis berdasarkan daripada dua low ini.
Contoh yang kedua:
![]()
Terdapat tiga high yang reversalnya hanya sederhana significant dari segi saiznya. Walaupun begitu terdapat satu trendline dapat dilukis menyentuh ketiga-tiga high tersebut.
Tips menggunakan trendline:
Trendline ialah satu analysis tool yang berguna tetapi utamakan dahulu analysis tool yang lebih utama iaitu support and resistance.
Yang sebenarnya kalau trendline tidak dilukis pun tak apa kerana harga tetap membuat reaksi pada support and resistance juga.
Cari trendline yang simple untuk dilukis sahaja berdasarkan kepada dua ciri kekuatan trendline yang dihuraikan sebelum ini.
Kalau agak rumit untuk mecari trendline maka biarkan chart kosong dengan support and resistance saja pun tak apa.
Sekian persembahan karya saya yang tak seberapa ini.
Edit:
Kiasan untuk pentingnya support and resistance berbanding trendline ialah dibaratkan pentingnya mouse berbanding keyboard.
Ia ialah kiasan perbandingan daripada dunia pengkomputeran.
Mouse berfungsi untuk banyak tujuan di atas screen. Manakala fungsi utama keyboard ialah untuk menaip.
Kalau tiada keyboard pun yang sebenarnya komputer masih lagi dapat menjalankan fungsi menaip menggunakan satu program yang dinamakan on-screen keyboard.
Bukan saja tak boleh di-force untuk lukis sesuatu trendline malah tak boleh juga di-force untuk trade.EURUSD W1
![]()
Ada satu lagi trendline setup yang jarang berlaku.
Walau bagaimana pun asas untuk melukis trendline ini masih lagi simple.
Seperti yang diterangkan sebelum ini ada dua cara menentukan kekuatan sesuatu level trendline iaitu:
1. Apabila harga membuat dua reversal yang significant (high atau low)
2. Apabila harga membuat lebih daripada dua reversal (high atau low)
- Sebelum ini saya hanya bagi contoh bagi tiga jenis reversal yang sama iaitu H1, H2 dan H3.
- Terdapat satu lagi setup bagi tiga jenis reversal yang berlainan. Saya bagi contoh H1, L2 dan L3.
Trendline ini ialah tetap satu trendline yang kuat kerana menyambungkan tiga reversal walaupun saiz reversal-nya tidak berapa significant.
Apa yang penting ialah satu trendline itu menyambungkan reversal-reversal yang dapat dilihat dengan jelas pada chart.
Apa pun tidak perlu di-force untuk lukis sesuatu trendline. Utamakan support and resistance analysis dahulu.
Support and resistance ialah wajib. Trendline ialah sunat.
Good luck.
Edit:
Secara peribadi saya hanya melukis 1 garisan trendline sahaja bagi satu chart yang mempunyai trendline.
Kalau ada 1 up trendline maka tiada down trendline pada chart saya. Kalau ada 1 down trendline maka tiada up trendline pada chart saya.
Itu pun bukannya semua chart yang saya buat analysis mempunyai trendline.
Contohnya dalam 10 chart, saya hanya ada 3 chart saja yang mempunyai syarat yang cukup untuk lukis trendline.
Edit 2:
Trendline boleh dijadikan confirmation tambahan kepada support and resistance.