BTC USD 85,773.5 Gold USD 4,294.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Money/Risk/Trading Management

EURUSD D1, H4

100. EURUSDDaily.png


1. EURUSDH4.png


Pada timeframe Daily, candlestick EURUSD berada dalam keadaan bearish.

Sedang menunggu candlestick reversal signal pada timeframe H4.

Contohnya seperti shooting star atau tweezer top.

1.17500 ialah support yang kuat.

Maka ia boleh menjadi sebab sekiranya harga terus bergerak ke atas.
 
EURUSD D1, H4

4. EURUSDDaily.png


5. EURUSDH4.png


Pada timeframe Daily EURUSD sudah membuat candlestick reversal signal.

Setelah di-filter saiz candlesticks yang membentuk signal itu ialah valid.

Apa yang dibuat ialah menunggu harga naik sedikit untuk membentuk resistance baru yang lebih rendah daripada resistance 1.20000.

Stop loss ialah apabila harga breakout resistance itu.

Entry ialah apabila terdapat candlestick reversal signal pada H4 timeframe.
 
Semakin besar timeframe, semakin tepat signal itu.

Sebagai contoh, katakanlah saya menggunakan indicator moving average.

Pada timeframe Daily ada crossover buy signal.

Walau bagaimanapun, duration sesuatu trade ini boleh memakan masa berhari-hari.

Dalam sesuatu trend akan ada sub-trend dan seterusnya.

Daripada ini maka boleh digunakan konsep hedging.

Pada masa yang sama pada timeframe H4 ada crossover sell signal.

Duration trade bagi H4 ini memakan masa yang lebih singkat daripada Daily.

Sementara menunggu Daily trade untuk close postion, bolehlah hedge sementara buy position.

Utamakan timeframe yang lebih besar dahulu dan kemudian timeframe yang lebih kecil.

Apa-apa hal cuba settle dekat forum.
 
Pengalaman ialah penting dalam trading ni.

Ada pepatah yang mengatakan:

"Knowledge gained through experience."

Kedua-duanya penting tetapi bukannya experience gained trough knowledge.

Begitu juga pepatah daripada Albert Einstein:

“A theory can be proved by experiment; but no path leads from experiment to the birth of a theory.”
 
Salam para pedagang,

Saya ingin berkongsi satu teknik money management atau risk management dengan sedikit pengubahsuaian daripada teknik anti-martingale yang asal.

Seperti yang kita sedia maklum, daripada banyak-banyak trading tips online, seseorang trader itu digalakkan untuk mengambil rehat seketika daripada trading selepas mengalami sesuatu kerugian. Tujuannya ialah untuk memberi ruang kepada emosi supaya berasa lapang dan juga mengelakkan over trading.

Begitu juga dengan teknik anti-martingale yang asal yang mana ianya dereka untuk tidak menggalakkan seseorang trader melakukan trading selepas mengalami kerugian.

Anti-martingale ialah satu teknik yang mana seseorang trader itu mengurangkan position setiap kali selepas mengalami kerugian. Contohnya ketika trading yang pertama trader itu membuka position sebanyak 1 lot. Selepas dia mengalami kerugian dengan position 1 lot itu, dia perlu membuka position sebanyak 0.5 lot untuk trading yang kedua.

Kalau untuk position pertama dia mengalami kerugian sebanyak 10 pips, maka untuk position kedua dia perlu mendapatkan keuntungan sebanyak 10 pips juga untuk reset semula position yang seterusnya.

Di sini saya ingin bagi satu contoh untuk trading account yang besar dan trading account yang kecil.

Kalau untuk trading account yang besar pada mulanya seseorang trader itu sudah pun sedia ada boleh membuka position sebanyak 1 lot. Untuk position seterusnya dia boleh saja membuka position sebanyak 0.5 lot tanpa sebarang batas daripada sesuatu broker.

Berbanding dengan trading account yang kecil, setiap kali melakukan trading seseorang trader itu perlu membuka position yang minimum yang boleh disediakan oleh sesuatu broker. Maka untuk trading seterusnya dia sudah tidak boleh lagi mengurangkan position. Sebagai contoh position yang minimum ialah 0.01 lot. Untuk position seterusnya dia tidak lagi boleh buka 0.005 lot.

Berdasarkan kepada satu kata pepatah iaitu masa itu duit, maka pengubahsuaian dilakukan daripada teknik anti-martingale yang asal.

Apabila seseorang trader itu tidak lagi boleh mengurangkan position seterusnya untuk trading, maka ia diganti dengan masa yang diambil untuk rehat seketika daripada trading.

Sebagai contoh untuk setiap 10 pips, masa yang diambil untuk rehat seketika daripada trading ialah sebanyak 30 minit. Apabila seseorang trader itu mengalami kerugian sebanyak 10 pips, maka dia perlu mengambil rehat seketika daripada trading selama 30 minit. Selepas itu barulah dia boleh melakukan trading seperti biasa semula.

Ada dua scenario yang berkemungkinan akan berlaku selepas itu.

Scenario yang pertama ialah kalau trader itu mengalami kerugian lagi sebanyak 10 pips untuk trading seterusnya dia perlu double up lagi masa rehat seketika daripada trading kepada 1 jam pula. Dan begitulah seterusnya.

Scenario yang kedua ialah kalau trader itu mendapat keuntungan sebanyak 10 pips untuk trading seterusnya maka dia boleh reset semula masa rehat seketika daripada trading kepada trading seperti biasa.

Di sini untuk mendapatkan nilai hubungan di antara pip dan masa, saya menggunakan satu indicator iaitu Average True Range (ATR).

Parameter ATR yang saya gunakan ialah 14-period.

Contoh bagaimana mendapatkan nilai masa rehat seketika daripada trading:

Seseorang trader itu telah mengalami kerugian sebanyak 67 pips. Masa dia mengalami kerugian itu ialah pada 1 August 2019, 9:50 AM.

Bacaan pips pada ATR 4 hour timeframe (H4) ialah sebanyak 50 pips.

Bacaan pips pada ATR daily timeframe (D1) ialah sebanyak 100 pips.

H4 : 50 pips
? : 67 pips
D1 (H24) : 100 pips

H4 < ? < D1
50 pips < 67 pips < 100 pips

\[ \begin{align*} & \frac {H4 \times (0.0100-0.0067)+H24 \times (0.0067-0.0050)}{0.0100-0.0050} \\ &= \frac {H4 \times 0.0033+H24 \times 0.0017}{0.0050} \\ &= \frac {H0.0132+H0.0408}{0.0050} \\ &= \frac {H0.0540}{0.0050} \\ &= H10.8 \end{align*} \]

Maka masa rehat seketika daripada trading selepas trader itu mengalami kerugian ialah selama 10.8 jam ( 10 jam 48 minit ). Dia boleh menyambung semula melakukan trading pada 1 August 2019, 8:38 PM.

Contoh yang lain bagaimana mendapatkan nilai masa rehat seketika daripada trading:

Seseorang trader itu telah mengalami kerugian sebanyak 83 pips. Masa dia mengalami kerugian itu ialah pada 1 August 2019, 9:50 AM.

Bacaan pips pada ATR 4 hour timeframe (H4) ialah sebanyak 50 pips.

Bacaan pips pada ATR daily timeframe (D1) ialah sebanyak 100 pips.

H4 : 50 pips
? : 83 pips
D1 (H24) : 100 pips

H4 < ? < D1
50 pips < 83 pips < 100 pips

\[ \begin{align*} & \frac {H4 \times (0.0100-0.0083)+H24 \times (0.0083-0.0050)}{0.0100-0.0050} \\ &= \frac {H4 \times 0.0017+H24 \times 0.0033}{0.0050} \\ &= \frac {H0.0068+H0.0792}{0.0050} \\ &= \frac {H0.0860}{0.0050} \\ &= H17.2 \end{align*} \]

Maka masa rehat seketika daripada trading selepas trader itu mengalami kerugian ialah selama 17.2 jam ( 17 jam 12 minit ). Dia boleh menyambung semula melakukan trading pada 2 August 2019, 3:02 AM.

Bagi kedua-dua contoh di atas ada dua scenario yang berkemungkinan akan berlaku selepas itu.

Scenario yang pertama ialah kalau trader itu mengalami kerugian pada tahap tertentu lagi maka jumlah masa rehat seketika akan menjadi double up lagi untuk trading seterusnya.

Scenario yang kedua ialah kalau trader itu mendapat keuntungan pada tahap tertentu maka jumlah masa rehat seketika boleh menjadi reset untuk trading seperti biasa.

Sekian itu sahaja penghuraian ringkas saya tentang teknik alternative for anti-martingale. Kalau ada apa-apa maklumat, saya akan tambahkan lagi pada masa akan datang.

Kalau thread ini boleh pergi jauh lagi, saya minta budi daripada master coder terutamanya bolehlah cipta custom indicator. Selepas itu bolehlah pengiraan dikira secara automatic dan tak perlu manual lagi.

Sekian.

Edit:

Pada asalnya parameter ATR yang saya gunakan ialah 14-period.

Sekarang parameter ATR yang saya gunakan ialah 100-period.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berikut ialah links bagi penghuraian yang lebih lanjut tentang Alternative for Anti-Martingale.

EXAMPLES OF DOUBLE UP

EXAMPLES OF RESET
Terbaik lah tt.
 
Currency pair yang utama saya trade ialah EURUSD.

Seterusnya saya trade AUDJPY sebagai currency pair yang kedua.

Antara sebab-sebab utama saya trade EURUSD dan AUDJPY ialah:

Saya trade EURUSD kerana currency pair ini mengandungi dua currency yang paling besar pada peringkat antarabangsa.

Currency pair ini terdiri daripada Dollar Amerika Syarikat dan Euro Kesatuan Eropah.

Ia seolah-olah seperti di dalam acara sukan yang mana bola sepak ialah acara yang paling ramai peminat di serata dunia.

Manakala saya trade AUDJPY kerana currency pair ini ialah lebih bersifat 'local' iaitu melibatkan negara Jepun dan Australia.

Kalau untuk currency pair ini ia ialah seperti sukan sepak takraw di dalam acara sukan.

Sepak takraw mempunyai dominasi yang kuat di rantau Malaysia.

Ini hanyalah sekadar kiasan semata-mata.
 
EURUSD

11. EURUSDMonthly.png


Kalau tengok chart EURUSD ni, resistance yang jelas ialah zone 1.20000 - 1.25000.

Resistance itu juga ialah satu support becomes resistance.

Cuba tengok dulu kalau ada apa-apa reversal signal pada timeframe lebih kecil.

AUDJPY

12. AUDJPYMonthly.png


Kalau pada AUDJPY pula level 80.000 ialah potential support become resistance yang agak lemah.

Kalau market boleh lepas resistance 80.000, market kena retest resistance 90.000 yang kuat.

Pada pandangan saya dari segi long-term.
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14022
USD / JPY
158.240
GBP / USD
1.32653
USD / CHF
0.82463
USD / CAD
1.40984
EUR / JPY
180.368
AUD / USD
0.70472
Back
Top
Log in Register