BTC USD 77,677.1 Gold USD 4,393.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohon Tips Membeli Basikal

eizjoe

Super Active Member
Messages
6,281
Joined
Jan 26, 2009
Messages
6,281
Reaction score
65
Points
80
Saya berhajat untuk membeli basikal untuk aktiviti riadah cuma tidak pasti jenis dan model basikal yang perlu dibeli. Hajat nak menunggang basikal dah lama tapi sekarang baru kesampaian.

Baru je baca sikit-sikit tadi dalam internet. Terdapat 4 jenis basikal iaitu Mountain Bike (MTB), downhill dan Roadbike atau Roadie dan Trek.

Suka sekiranya tuan puan dapat berkongsi tips dalam membeli basikal supaya dapat saya jadikan sebagai panduan.

Terima kasih :):)

Tips 1

Cara Memilih Saiz Basikal Yang Sesuai

Memilih Saiz Basikal Yang Bersesuaian

Apabila anda hendak membeli basikal pastikan basikal yang akan anda beli tersebut bersesuaian dengan anda. Setiap basikal mempunyai saiz yang dikira dalam inci iaitu:

Saiz XS (13in-14in): Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian antara 5 kaki hingga 5 kaki 4 inci. Saiz S (14in-16in): Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 4 inci hingga 5 kaki 7 inci. Saiz M (16in-18in): Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 7 inci hingga 5 kaki 10 inci. Saiz L (18in-20in): Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 10 inci hingga 6 kaki 1 inci. Saiz XL (20in-22in): Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian lebih dari 6 kaki 1 inci.

Walau pun saiz di atas boleh digunakan tetapi kadangkala manusia mempunyai kepanjangan kaki yang tidak sama dimana ada yang mempunyai kaki yang lebih panjang dan ada juga yang mempunyai kaki yang sedikit pendek. Oleh yang demikian anda boleh menggunakan satu lagi cara berpandukan gambarajah di bawah.

basikal%201.png


Berdiri dengan basikal berada pada kelengkang anda dan pastikan jarak antara kelengkang dengan frame basikal mempunyai kelegaan lebih kurang 2 inci.

basikal%202_1.png


Untuk kepastian angkat basikal anda sehingga mengenai kelengkang dan ukur jarak antara tayar dengan tanah, seperti gambarajah di atas.

Seandainya bila anda berdiri dan frame tersentuh dengan kelengkang anda bermakna saiz basikal terlalu besar dan kalau jarak kelengkang dengan frame lebih dari 2 inci bermakna basikal terlalu kecil untuk anda.



sumber : http://konvoiberbasikalwanita.blogspot.my/2017/01/cara-memilih-saiz-basikal-yang-sesuai.html
 
Last edited:
Nak tau jugak.1-2 hari lepas ada org request basikal kat den.umur dekat 50 tahun.Basikal yg YB bg kat dia dah rosak.Kesian jugak kat dia.
 
Beli kt lazada...hrga murah berbaloi2, kt kedai aku tgk mahai2....aku pn dok geram nk beli yg folding bike, tyr saiz 24", rege dlm 700 lebih kt lazada....tp ntah ler berbaloi ke x...hehe...geng2 basikal mai la komen....
 
Beli kt lazada...hrga murah berbaloi2, kt kedai aku tgk mahai2....aku pn dok geram nk beli yg folding bike, tyr saiz 24", rege dlm 700 lebih kt lazada....tp ntah ler berbaloi ke x...hehe...geng2 basikal mai la komen....

Saya nak beli yang jenis roadbike sebab teringin nak join geng taman perumahan. Saya tak tau jenama roadbike yang bagus.
 
Aku tengah charge ipad...nanti dah full nanti nak gak bagi share info basikal...
 
Orang kata makin mahal basikal makin bagus. Tak tau la boleh pakai ke tak tips tu
 
Orang kata makin mahal basikal makin bagus. Tak tau la boleh pakai ke tak tips tu

memang betul makin mahal makin tinggi spec yang dapat. Mungkin dari segi luaran nampak sama tapi tak sama
 
Apa yg aku boleh bg tips nya :

1. Ikut budget kita sendiri sbb harga basikal bermula dr RM300 - RM puluhan ribu
2. Pikir nak main lama ke @ sementara
3. Suka jenis apa, kayuh jlnraya, kayuh trek ke.

aku dulu bermula dgn rm1800 dan selepas 2 thn upgrade ke yg boleh tahan mahalnya
 
Back
Top
Log in Register