BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Audi Lancar Basikal Gunung Elektrik, Harga Dari RM46 Ribu

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Syarikat pengeluar kereta terkenal, Audi telah melancarkan kenderaan e-mobiliti terbaru dengan memperkenalkan basikal gunung berkuasa elektrik di mana rekaannya diinspirasikan daripada rekaan Audi RS Q e-tron. Audi RS Q e-tron adalah kereta lumba yang dibangunkan Audi khusus untuk perlumbaan Dakar.
Small-32304-Audigearsuptogooff-roadTheAudielectricmountainbikepoweredbyFantic-768x512.jpg

Basikal gunung elektrik Audi ini dikuasakan oleh pek bateri Fantic Integra 36 Volt yang dimuatkan dalam kerangka basikal. Ia membekalkan kuasa kepada motor Brose S-MAG 36 Volt 250 Watt, 720 Wh yang mampu memberikan kuasa tork sehingga 90Nm.Basikal gunung elektrik Audi yang dikuasakan oleh Fantic menyediakan penunggang dengan empat tahap bantuan elektrik iaitu Eco, Tour, Sport dan Boost.
Small-32306-Audigearsuptogooff-roadTheAudielectricmountainbikepoweredbyFantic-768x1151.jpg

Screenshot-2023-03-15-at-2.56.39-PM-768x1036.jpg

Ia juga dilengkapi dengan paparan digital kecil yang terletak pada bar hendal bagi memberikan gambaran keseluruhan data penting seperti pengecasan bateri dan kelajuan pecutan kepada penunggang. Basikal gunung elektrik Audi ini ditawarkan dalam 3 saiz dengan harga jualannya bermula dari £8,499 (~RM42,569).

Sumber asal Audi
 
What an interesting addition to Audi's eco-conscious mobility solutions.
Bravo!👏👏👏
 
Back
Top
Log in Register