BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Watsons Malaysia Lancar 'Pop-Up Cafe', Promosi Kecantikan Lestari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,182
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,182
Reaction score
346
Points
141
1522236c64c2c04063c4560e18794da267f666f085fd1

Kredit : Watsons Malaysia

Sempena sambutan Earth Month pada April ini, Watsons Malaysia telah melancarkan Pop-Up Cafe Naturals by Watsons, satu inisiatif yang bertujuan mempromosikan kecantikan lestari dan gaya hidup mesra alam.

Diadakan dari 25 Mac hingga 28 April di luar Fahrenheit 88, Bukit Bintang, pop-up cafe berkenaan menawarkan pengalaman unik kepada pelanggan menerusi bengkel pendidikan, stesen pengisian semula, promosi eksklusif, serta aktiviti yang fokus kepada kelestarian.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Kesihatan & Kecantikan Asia, AS Watson Group Caryn Loh berkata tahun ini pihaknya teruja untuk melancarkan semula rangkaian Naturals by Watsons dengan produk baharu dan lebih baik yang komited terhadap aspek kelestarian, merangkumi 12 produk daripada penjagaan badan hingga penjagaan rambut.

“Sebagai sebahagian daripada pelancaran semula ini, kami memperkenalkan Pop-Up Cafe Naturals by Watsons, satu pengalaman gaya hidup imersif yang lebih daripada sekadar peruncitan. Kafe ini menawarkan ruang untuk pelanggan berinteraksi, belajar, dan membeli sambil menghayati nilai teras kami iaitu kesihatan, kecantikan, dan kelestarian,” katanya.

Rangkaian baharu Naturals by Watsons adalah 100 peratus daripada tumbuh-tumbuhan, diuji secara dermatologi, dan diformulasikan dengan lebih 95 peratus bahan asli semula jadi. Pembungkusan produk pula diperbuat daripada 100 peratus plastik kitar semula yang berisiko mengalir ke laut dan produk terpilih mengandungi 60 peratus minyak sawit yang diperakui kelestariannya.

Bagi menggalakkan lagi amalan hijau, kafe itu turut menyediakan stesen pengisian semula untuk produk seperti Gel Mandian Aloe dan Syampu Kopi, serta bengkel hujung minggu bagi kraf kitar semula seperti batu beraroma dan cincin kayu daripada seni ikatan ‘macrame. Pelanggan yang membelanjakan RM30 ke atas dalam satu resit di kafe tersebut boleh menyertai aktiviti ini.

Pembeli juga berpeluang menikmati promosi di semua kedai Watsons, termasuk potongan harga 20 peratus, syampu saiz perjalanan 100ml percuma dengan berbelanja minimum RM80, dan beg guni bersama dua syampu saiz perjalanan bagi pembelian RM150 dan ke atas.

Aktiviti mesra alam di kafe tersebut termasuk berkongsi hantaran di media sosial bagi mendapatkan rantai kunci kayu bertulis secara percuma, menukar botol PET kosong dengan gel mandian lavender 100ml, dan singgah di Scent Bar untuk mendapatkan kad pelapik beraroma percuma, dengan semua penebusan tertakluk kepada siapa cepat dia dapat pada setiap hari.

Inisiatif yang disokong oleh Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia (WMAM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan HARA Makers dan pelajar universiti itu, turut menampilkan mural kelestarian dan arca produk gergasi yang diperbuat daripada botol Naturals by Watsons yang dikitar semula dan beg plastik sekali guna Watsons.

 
Back
Top
Log in Register