Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
Dr. Wolfgang Karl Epple menerangkan mengenai enjin yang akan digunakan untuk model Proton terbaharu pada sesi penerangan media di Pameran Automotif Proton, POWER OF 1 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 15 Mac - Kereta terbaharu Perusahaan Otomobil Nasional Bhd. (Proton), P3-21A memiliki sentuhan pakar yang pernah terlibat dalam proses menghasilkan kereta BMW iaitu Dr. Wolfgang Karl Epple.
Beliau merupakan Pengarah Projek Kanan Proton dan mengetuai proses pembangunan model baharu tersebut yang dijangka mula dijual kepada umum hujung bulan ini.
Menurut Epple, walaupun penghasilan P3-21A tidak menggunakan teknologi yang sama seperti pengeluaran kereta BMW, tetapi penekanan terhadap konsep kerja dan idea adalah sama dengan syarikat pengeluar kereta dari Jerman.
Epple berkata ini kerana pakar-pakar dari seluruh dunia terlibat dalam proses membangunkan dan mereka bentuk kereta berkenaan.
"Kami mempunyai proses penanda aras antarabangsa seperti simulasi. Pasukan yang membangunkan kereta itu juga antarabangsa. Kami mempunyai pakar dari Itali, Perancis, Jerman, Korea, (terlibat) dalam pembangunan kereta itu," katanya kepada pemberita pada acara Proton, "Power of 1" di Stadium Bukit Jalil, di sini Khamis.
Komponen untuk P3-21A juga datang dari pelbagai pelosok dunia termasuk Australia, Eropah, Korea dan Jepun, katanya.
"Komponen dan kelengkapan juga global. Jika anda meletakkan kelengkapan global dalam komponen, orang, proses, gaya dan pakej, anda dapat suatu yang global," kata Epple.