BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Model Proton dapat sentuhan pakar BMW

konsep je BMW bukan teknologi..apapun tahniah la utk proton.dah maju kedepan...parts tu jaga elok2
 
Harga kereta di Malaysia semuanya mahal bukan kerana dasar perlindungan terhadap kereta Nasional. Ianya lebih kepada duti/cukai yang terlalu tinggi dikenakan.

Duti import dari negara Asean sekarang tinggal 5% saja. Duti yang tinggi adalah duti eksais yang dikenakan kepada semua kenderaan termasuklah Proton dan Perodua. Berapa? Lebih kurang 75%! Kalau tidak ada duti eksais ini, harga kereta Proton Saga mungkin dalam RM25k saja. So, jangan salahkan Proton semata-mata. Baik salahkan Kastam dan paling utama kerajaan yang langsung tidak bertimbang rasa.

itula maksud yang aku cakapkan..malas tulis panjang2..
aku pun taula sapa yang letak harga proton tu..
wang perlindungan mesti mau bayar..nak2 pru dah dekat
 
tengok aje perfromance camne...

but in term body design... memang tak de menarik sangat laa...

proton kalu nak jual banyak dan pergi jauh improve dulu design looks dia... check korea kia punya design camne punya beza dari dulu2...

proton?... mmmmmmmmmmmmmmmmmm...

camtu jugak laa...



 
Model baru PROTON ada ciri kereta mewah

pix_gal0


MODEL baru PROTON, yang buat masa ini hanya dikenali dengan nama kod, P3-21A, yang dijadualkan dilancarkan akhir bulan ini, dibangunkan dengan ciri asas yang hampir menyamai model kereta mewah, dari segi reka bentuk, keselamatan, prestasi dan keselesaan.

Kelebihan itu diperoleh hasil sentuhan pakar yang pernah terbabit dalam membangun dan mengeluarkan kereta BMW iaitu Dr Wolfgang Karl Epple, yang kini adalah Pengarah Kanan Operasi PROTON Holdings Bhd.
“Berbanding model sebelumnya yang sering mengambil konsep kereta keluaran Jepun, model baru PROTON Holdings ini boleh disifatkan sebagai model yang paling unik berikutan ia mengutamakan reka bentuk, keselamatan, prestasi dan keselesaan, ciri yang ada dalam kereta keluaran Eropah,” kata Karl Epple pada sidang media di Pameran Automotif PROTON, POWER OF 1, di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Beliau mempunyai pengalaman selama 25 tahun bersama BMW dan pernah terbabit sebagai pengarah projek dalam pembangunan serta pengeluaran dua model BMW iaitu E90 dan E39.

Karl Epple berkata, faktor lain yang turut menjadi tarikan utama bagi model berkenaan adalah dari segi ketahanan kerangka badan yang lebih keras berbanding model sebelumnya kerana menggunakan teknologi ‘pembentukan menerusi tekanan panas’.

“Ia mampu menahan hentakan atau pelanggaran yang kuat sekali gus mengurangkan kesan hentakan kepada penumpang selain mengurangkan risiko kecederaan yang lebih parah.

“Selain itu, model ini turut menawarkan kuasa pecutan yang lebih pantas berbanding model PROTON lain dan mampu mencapai kelajuan dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam tempoh 9.6 saat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Reka Bentuk Bahagian Kejuruteraan PROTON, Azlan Othman, berkata pihaknya mengambil masa hampir setahun bagi menghasilkan reka bentuk P3-21A.

Beliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan jururunding reka bentuk Ital Design Giugiaro dari Gurin, Itali bagi menghasilkan konsep sedemikian.

“Seramai 10 kakitangan dihantar selama setahun ke sana bagi mempelajari dengan mendalam mengenai reka bentuk kereta yang memenuhi kehendak global.

“Ini juga adalah kali pertama PROTON mengadakan kerjasama yang begitu rapat dengan jururunding,” katanya.

Azlan berkata, tema bagi reka bentuk model itu adalah timeless design, yang tidak akan lapuk dengan peredaran zaman.

Katanya, reka bentuk model ini juga adalah langkah pertama buat PROTON untuk menjadikan reka bentuknya bertaraf global.


sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ModelbaruPROTONadacirikeretamewah/Article
 
75k kalau kat luar negara boleh dapat kereta mewah gila..
tak payah pun sebut berciri mewah..
ni la masalah kalau perompak yang kontrol..
nak pru ni lagila..untung kereta buat bajet beli bendera..puiii!
 
75k kalau kat luar negara boleh dapat kereta mewah gila..
tak payah pun sebut berciri mewah..
ni la masalah kalau perompak yang kontrol..
nak pru ni lagila..untung kereta buat bajet beli bendera..puiii!

hahahah sokong tu, ciri2 jer mewah ngan reger sekali mewah gak tapi hasilnya sapa yg pakai tau la rasa mewah ke tak? mewah brbelanja? mewah bergaya? mewah bunyi2an? mcm2 lagi wooo.
 
ermm,lum tentu loan boleh lepas ni....
 
RM75k = nissan grand livina @ toyota vios @ honda city (mmg da tbukti kualiti nye), hmmmmm
 
fresh grad gaji RM1800 tinggal dgn family pon boleh tarik ni :eek:
 
Back
Top
Log in Register