BTC USD 84,092.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Modal RM5000, cadangan berniaga apa?

Beli lembu 2 ekor... letak kat kandang fidlot yg orang sediakan servis jagaan... lepas 3 ke 4 bulan dah boleh jual lepas penggemokkan... harga jualan seekor rm3800 ke 4200.00

kos jaga rm900.00 ke rm1000 seekor tempoh 3 ke 4 bulan...
kos lembu jaras rm2300 ke rm2400 seekor....

kos jagaan biasanya masa lembu dah sampai tempoh perjanjian penjagaan baru kita bayar. boleh buat jual potong... bleh dapat jualan cecah 5.5k sekor... kalau jual hidup 3800 ke 4200 sekor..

pastu rolling lagi....
 
masuk asb ... tunggu untung hujung tahun
 
Biz putu bambu..apam balik



Aritu ada yg cakap kursus putu special
kosnya rm4k sekali dgn equipment. Ada
lebih 1000 bole buat rolling capital.

Boleh cuba, pada yg rajin...:D




.
 
paling pantas adalah dengan beli BTC dan perap 3 minggu. naik berapa pun selepas 3 minggu terus jual dan jangan tamak
 
simpan tabung haji je. fokus kat kerja, tambahkan income lagi.

duit dividen tabung haji, baru buat berniaga.

nak berniaga sgt?? senang je, pergi kerje dengan org berniaga. pasar mlm ke, pasar tani ke. anggap bisness tu ko punya. rugi pon xde hal, bukan bisness ko pon. pengalaman dapat, gaji pon masuk.

itulah yg aku buat.

nak berniaga online?? senang je, try buat dropship. tengok ko boleh menjual atau tidak. takde org beli pon xpe, sbb ko x kuar modal apa2 pon. org beli, masyuk la sikit. pengalaman, pengalaman, pengalaman...
 
Juai yg berasaskan makanan/minuman tempat ramai org
 
buat modal porek..leverage 1:50 target 50% per month..
 
Back
Top
Log in Register