BTC USD 81,600.8 Gold USD 4,024.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mitos tentang JERAWAT

namasaya

Active+ Member
Messages
4,365
Joined
Mar 30, 2011
Messages
4,365
Reaction score
37
Points
30
Jika anda mempunyai kulit yang sihat berseri, semua orang pasti akan selesa dengan anda.

Berikut kami kongsikan tentang 4 mitos berkaitan jerawat dan kulit :

Mitos #1: Jerawat disebabkan oleh memakan coklat atau gula-gula.
Benar/Palsu? Palsu. Ahli sains berkata bahawa coklat atau gula-gula tiada kena-mengena dengan jerawat atau akne. Jadi, ikutilah cara pemakanan yang seimbang dan jumpailah pakar dermatologi untuk mengubati masalah akne anda.

Mitos #2: Mengambil makanan berminyak menyebabkan jerawat.
Benar/Palsu? Palsu. Makanan berminyak seperti makanan segera, piza, kentang goreng atau kacang tidak menyebabkan jerawat, atau menjadikannya lebih teruk.

Mitos #3: Mengambil pil-pil untuk kulit boleh membantu kulit saya menjadi lebih sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Tiada penyelidikan saintifik yang membuktikan bahawa pil atau vitamin untuk kulit boleh secara ajaib memberi anda kulit yang sihat atau mengubati masalah kulit anda. Anda hanya perlu makan makanan yang berkhasiat dan makan pada masa yang tetap untuk mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh badan anda.

Mitos #4: Meletakkan makanan, seperti timun, putih telur atau jus aloe vera, pada kulit saya boleh membantu kulit saya menjadi sihat.
Benar/Palsu? Palsu. Nutrien-nutrien makanan tidak berfungsi dengan begitu mudah pada badan atau kulit anda. Cara yang paling baik untuk mendapat faedah daripada makanan ialah dengan memakannya.



br taw...:)cgrock
 
lagi 1 kalau meningkat dari alam kanak2 kepada remaja, jerawat mesti tumbuh...
 
jerawat segan (ada juga la sikit2) nak tumbuh kat muka patik apabila patik berusia 25 tahun ...
start tumbuh dengan meriah sejak umur 16 ...
 
yg mana yg betul sebenarnya ni, semue palsu belake..:D:D:D

cuba suruh org berjerawat makan kacang, perghhh:D:D:D
 
best20smiley.gif


Terbaik tt....
 
org ckp klu pompuan ada jerawat sikit2....dlm bilik dia boleh tahan.....tpi xtaula..palsu jugak kot....:)):)):)):)):))
 
hmm,kadang2 ramai yang tak tau membezakan jerawat dan penyakit kulit yang disebabkan bakteria...
 
Back
Top
Log in Register