1) Semua minyak enjin yg dijual di Stesen Petrol (spt Shell,Petronas,Bhp dsb), Hyper Supermarket (Giant,Tesco dsb), Pengedar2 Khusus seperti Castrol dll, adalah yg baik dan Original. Elakkan membeli minyak enjin di kedai2 sparepart, dikhuatiri akan terbeli minyak enjin PASLU/TIRUAN.
Saya pernah mengalami pengalaman membeli minyak enjin castrol fully syntetic (beli di kedai sparepart)yg dijangkan TIRUAN. Apabila saya ingin membuat top-up kpd enjin dgn baki minyak dari pek yg disimpan, saya dapati didalam baki tersebut ada mendakan dibhg bawah pek tersebut.
Saya syak minyak tersebut adalah tiruan, mustahil minyak 100% sintetik ada mendakan. Selang berapa ketika, saya ada terbaca tentang sindiket Repack minyak enjin dari tong kepada pelbagai jenama minyak terkenal dlm internet. Saya terfikir mungkin selama ini sebahagian minyak yg dibeli dikedai spare part adalah paslu..:-?
Sejak dari itu saya hanya beli minyak enjin dari Stesen minyak / hypermarket (bila ada sales).
2)Mengenai apa jenis minyak yg sesuai digunakan, bergantung kepada En Ququd sendiri. Jikalau kerap bergerak / mahu service interval minyak enjin setiap 10k km/ 6 bulan, saya cadangkan minyak 100% Sintetik. Kalau kenderaan En Ququd jarang digunakan, saya cadangkan minyak semi sentetik sudah memadai kerana minyak enjin pon ada expired datenya. seperti 5k km/3 bulan (mana yg terdahulu). Kadang2 ada orang tunggu sehingga setahun, baru nak tukar disebabkan masih tak sampai 10k km, atau 5k km. Sedangkan minyak enjin perlu ditukar 5k km/3 bulan(4 bulan pon boleh ler).
Kalo kurang berjalan eloklah guna semi sahaja, setiap 3 bulan tukar walaupon masih tak sampai 5k km. Penjelasan saya ini boleh dirujuk pada link
http://www.carbibles.com/engineoil_bible.html
http://motorcycleinfo.calsci.com/Oils1.html
3) Kategori minyak:
a)Group i)Crude oil (minyak mentah)
b) Group ii): Semuanya jenis minyak enjin yg ada didlam pasaran yg sudah ditapis. (minyak semi sintetik hanya kategori group ii juga, kerana 30% bahagian sintetik yg digunakan.
c) Group iii) Minyak 100% sintetik yg berasakan petroleun dgn penyulingan tahap tertinggi.
d) Group iv) MInyak 100% sintetik yg berasakan bukan petroleum spt ester.
So mana2 minyak enjin dlm pasaran adalah sama sahaja.. cuma brand yg membezakan, pastikan ori baru beli.