BTC USD 83,898.0 Gold USD 4,134.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Minyak Hitam Terbaik

baru jer tukar minyak enjin kat moto aku...

nasib baik oil filter tak seteruk ini....

filter4qm.jpg

Salaam,...

Guna minyak enjin apa, masta..?
Kasi spesifik, bagus jugak...
:)

mencari rezeki
faisal_moukei
 
Aku biasa sebis myvi kt centre je..tp air filter,plug,cabin filter aku beli kt luar.. yg lain tu tukar kt centre.. alhamdulillah so far kete xde mslh enjin.. dh 140k km..

1)Alat ganti juga seperti minyak enjin, ada alatganti yg TIRUAN. Kadang2 kita sendiri pon tak dapat pastikan alat ganti ori dari sesebuah kedai sparepart. Contoh oil filter toyota, ada banyak variasi jenis untuk sesuatu model,malah lengkap dengan sticker holygram spt yg original. Ada yg made in japan, made in indonesia, made in thailand.

2)Pada pendapat saya, eloklah gunakan sparepart yg dibekalkan oleh SC tersebut, kerana setiap part mereka dgn jaminan. Jika alat ganti diperolehi dari pengedar yg bertauliah/sah mmg boleh digunakan. Aler perbezaan sekitar 15% ~25% sahaja. contoh oil filter diluar/kedai sparepart dlm RM10-RM18, berbanding SC RM20~RM30. yg penting lebih menenangkan jiwa.

3)Kenderaan yg mempunyai rekod penyelenggaraan berjadual di SC lebih mudah dijual, begitu juga pembeli kereta terpakai akan lebih berminat dgn kenderaan yg mempunyai rekod servic tersebut. Tak rugi pon.:)
 
untuk keta persona aku bubuh ni...

P1011697.JPG


memang ada perbezaannya dr dulu aku pakai minyak cosway
 
Last edited:
Mungkin ramai yg tak perasan enjin motosikal berkerja hampir 3 x ganda dari kereta. Cuba lihat kebiasaan kereta berkapasiti 1300cc keatas, pada kelajuan 110km/h enjin berputar 3000rpm berbanding motosikal pada kelajuan 110km/h enjin berputar sekitar 7000rpm (110cc) / 6000rpm (500cc single selinder) / 8500rpm (250cc dwi selinder)/10000rpm (250cc 4 selinder) dsb.

Cuba lihat perbezaan rpm enjin2 tersebut, pada kelajuan tersebut segala mekanikal yg bergerak seragam seperti valve,cam shaft, timing chain (motosikal), rocker arm, crank shaft, ect, akan bergerak dgn keseragaman yg lebih tinggi berbanding enjin kereta. Kadar kehausan juga akan meningkat/cepat/kerap berbanding enjin kereta. Oleh itu tentulah enjin motosikal perlukan perlindungan yg lebih baik dari minyak enjin.

Oleh itu saya berpendapat kekerapan pernukaran minyak enjin motosikal adalah lebih kerap berbanding enjin kereta. contoh Andai kereta menggunakan minyak enjin mineral/semi syntetik ditukar setiap 5k km, maka enjin motosikal perlu ditukar 2k km hingga ke 3k km.

Begitu juga jika kereta menggunakan minyak 100% sintettik perlu ditukar setiap 10k km, maka motosikal perlu menukar minyak enjin setiap 5k km ~ 6k km.

Pendapat yg mengatakan minyak 100% sintetik boleh digunakan sehingga 15k km adalah tidak berasas lansung. saya tidak ingin mengulas panjang lebar mengenai perkara ini, cukuplah rujukan yg saya attachkan di bawah.

Apa itu "sludge".
http://www.schleeter.com/oil-sludge.htm
http://www.carbibles.com/engineoil_bible.html

Masalah BMW akibat dari penukaran minyak enjin yg tinggi (15k km)
http://www.bimmerfest.com/forums/showthread.php?t=94785

Ada banyak lagi link, tp memadailah link diatas..:">

Salaam, encik wvh5..

Saya akan ulas secara berperingkat..
sebab utk tumpu pada satu² isu..
Jadi mungkin saya akan 'quote' post yg sama banyak kali..

Berdasarkan tulisan yg saya besarkan dan warnakan tu,..
Isunya adalah
Masalah BMW akibat dari penukaran minyak enjin yg tinggi (15k km)

Ada beberapa soalan yg saya perlu tanya demi keSAHIHan maklumat yg encik wvh5 kongsikan disini,..
diharap encik wvh5 dapat memberi penerangan supaya kekeliruan saya dapat dirungkaikan..

Antara gambar yg encik wvh5 lampirkan adalah seperti post ini :

Contoh enjin yg mengamalkan penukaran minyak enjin yg kerap.

http://www.bimmerfest.com/forums/showthread.php?t=94785&page=3

attachment.php



Jenis enjin yg sama tetapi mengamalkan penukaran minyak enjin yg jarak seperti 15k km keatas.
sludge2aa.jpg


Sekian , semoga perkongsian ilmu ini memberi menfaat kepada semua. :)


Gambar ini adalah gambar enjin yg encik wvh5 katakan telah melakukan penukaran enjin yg kerap..

attachment.php


Berapa KM yg encik wvh5 maksudkan dgn ayat "penukaran minyak enjin yg kerap"..

mencari rezeki
faisal_moukei
 
Last edited:
Salaam, encik wvh5..

Saya akan ulas secara berperingkat..
sebab utk tumpu pada satu² isu..
Jadi mungkin saya akan 'quote' post yg sama banyak kali..

Berdasarkan tulisan yg saya besarkan dan warnakan tu,..
Isunya adalah
Masalah BMW akibat dari penukaran minyak enjin yg tinggi (15k km)

Ada beberapa soalan yg saya perlu tanya demi keSAHIHan maklumat yg encik wvh5 kongsikan disini,..
diharap encik wvh5 dapat memberi penerangan supaya kekeliruan saya dapat dirungkaikan..

Antara gambar yg encik wvh5 lampirkan adalah seperti post ini :




Gambar ini adalah gambar enjin yg encik wvh5 katakan telah melakukan penukaran enjin yg kerap..

attachment.php


Berapa KM yg encik wvh5 maksudkan dgn ayat "penukaran minyak enjin yg kerap"..

mencari rezeki
faisal_moukei

1)Perjelasan bagi persoalan diatas, adalah perbincangan diantara forumer pemilik BMW model 540. Ringkasan dari perbincanga mereka, BMW meng'claim'/mendakwa model kenderaan mereka menjalani penukaran minyak enjin pada setiap 15k batu (24k km).

Gambar2 diatas menunjukkan contoh2 enjin yg diselaputi 'sludge' diantara forumer bernama "ketchup" yg memilih mengikuti jadual penyelenggaraan BMW iaitu penukaran minyak enjin pada setiap 15k batu.

Berbanding pula dgn forumer bernama "540-M-Sport" yg mana beliau memilih untuk menukar minyak enjin pada setiap 7.5k batu (12k km) (sila lihat posting no:181, page:8). Sedangkan beliau membeli kereta berusia 27 bulan dgn mileage 16k batu.

2) Didalam kes ini, BMW mennggesyorkan minyak bergred 0W-30 (yg sudah pastinya fully sintetik.)

oklah panjang ler nak cerita bende2 ni. Kalau kita paham bagaimana sludge terjadi ianya lebih memudahkan. Apa yg penting didalam thread 'MINYAK TERBAIK' ini, apabila seseorang MENDAKWA minyak yg dijualnya adalah terbaik hingga dibandingkan dgn Fully sintetik pon ianya lebih baik, pada saya ianya adalah dakwaan kosong seperti orang jual ubat sahaja.

Takkan hanya dgn ujian bearing test sahaja? kalau begitu lebih baik taruk minyak gear SAE 90 kedalam enjin lebih perlindungan harga pon murah jer RM10 seliter.

Adalah mustahil minyak semi sintetik (Group II) didakwa lebih baik dari fully sintetik petroleum(Group III), fully Sintetik Poly-Alpha-Olefin (group IV) & fully sintetik ester group V. Mana perbandingan flash point, kinematic viscosity, viscosity index, cold cranking, ect..

Nantilah ada masa boleh ler nak mengarang.. sekian.
 
1) Semua minyak enjin yg dijual di Stesen Petrol (spt Shell,Petronas,Bhp dsb), Hyper Supermarket (Giant,Tesco dsb), Pengedar2 Khusus seperti Castrol dll, adalah yg baik dan Original. Elakkan membeli minyak enjin di kedai2 sparepart, dikhuatiri akan terbeli minyak enjin PASLU/TIRUAN.

Saya pernah mengalami pengalaman membeli minyak enjin castrol fully syntetic (beli di kedai sparepart)yg dijangkan TIRUAN. Apabila saya ingin membuat top-up kpd enjin dgn baki minyak dari pek yg disimpan, saya dapati didalam baki tersebut ada mendakan dibhg bawah pek tersebut.

Saya syak minyak tersebut adalah tiruan, mustahil minyak 100% sintetik ada mendakan. Selang berapa ketika, saya ada terbaca tentang sindiket Repack minyak enjin dari tong kepada pelbagai jenama minyak terkenal dlm internet. Saya terfikir mungkin selama ini sebahagian minyak yg dibeli dikedai spare part adalah paslu..:-?

Sejak dari itu saya hanya beli minyak enjin dari Stesen minyak / hypermarket (bila ada sales).

2)Mengenai apa jenis minyak yg sesuai digunakan, bergantung kepada En Ququd sendiri. Jikalau kerap bergerak / mahu service interval minyak enjin setiap 10k km/ 6 bulan, saya cadangkan minyak 100% Sintetik. Kalau kenderaan En Ququd jarang digunakan, saya cadangkan minyak semi sentetik sudah memadai kerana minyak enjin pon ada expired datenya. seperti 5k km/3 bulan (mana yg terdahulu). Kadang2 ada orang tunggu sehingga setahun, baru nak tukar disebabkan masih tak sampai 10k km, atau 5k km. Sedangkan minyak enjin perlu ditukar 5k km/3 bulan(4 bulan pon boleh ler).

Kalo kurang berjalan eloklah guna semi sahaja, setiap 3 bulan tukar walaupon masih tak sampai 5k km. Penjelasan saya ini boleh dirujuk pada link http://www.carbibles.com/engineoil_bible.html
http://motorcycleinfo.calsci.com/Oils1.html

3) Kategori minyak:
a)Group i)Crude oil (minyak mentah)
b) Group ii): Semuanya jenis minyak enjin yg ada didlam pasaran yg sudah ditapis. (minyak semi sintetik hanya kategori group ii juga, kerana 30% bahagian sintetik yg digunakan.
c) Group iii) Minyak 100% sintetik yg berasakan petroleun dgn penyulingan tahap tertinggi.
d) Group iv) MInyak 100% sintetik yg berasakan bukan petroleum spt ester.

So mana2 minyak enjin dlm pasaran adalah sama sahaja.. cuma brand yg membezakan, pastikan ori baru beli.:)


perghhhh terbaekkk laa:D
terkejut saya, jawapan pendek sgt:))
big thanks Bro..
jasamu dikenang:D:">
 
Back
Top
Log in Register