BTC USD 83,490.8 Gold USD 4,121.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Minyak Hitam Terbaik

Thanks. :D
bg la cth jenama ape yg ok bro. Kadang2 bajet xckp nak g SC perodua.

1) Semua minyak enjin yg dijual di Stesen Petrol (spt Shell,Petronas,Bhp dsb), Hyper Supermarket (Giant,Tesco dsb), Pengedar2 Khusus seperti Castrol dll, adalah yg baik dan Original. Elakkan membeli minyak enjin di kedai2 sparepart, dikhuatiri akan terbeli minyak enjin PASLU/TIRUAN.

Saya pernah mengalami pengalaman membeli minyak enjin castrol fully syntetic (beli di kedai sparepart)yg dijangkan TIRUAN. Apabila saya ingin membuat top-up kpd enjin dgn baki minyak dari pek yg disimpan, saya dapati didalam baki tersebut ada mendakan dibhg bawah pek tersebut.

Saya syak minyak tersebut adalah tiruan, mustahil minyak 100% sintetik ada mendakan. Selang berapa ketika, saya ada terbaca tentang sindiket Repack minyak enjin dari tong kepada pelbagai jenama minyak terkenal dlm internet. Saya terfikir mungkin selama ini sebahagian minyak yg dibeli dikedai spare part adalah paslu..:-?

Sejak dari itu saya hanya beli minyak enjin dari Stesen minyak / hypermarket (bila ada sales).

2)Mengenai apa jenis minyak yg sesuai digunakan, bergantung kepada En Ququd sendiri. Jikalau kerap bergerak / mahu service interval minyak enjin setiap 10k km/ 6 bulan, saya cadangkan minyak 100% Sintetik. Kalau kenderaan En Ququd jarang digunakan, saya cadangkan minyak semi sentetik sudah memadai kerana minyak enjin pon ada expired datenya. seperti 5k km/3 bulan (mana yg terdahulu). Kadang2 ada orang tunggu sehingga setahun, baru nak tukar disebabkan masih tak sampai 10k km, atau 5k km. Sedangkan minyak enjin perlu ditukar 5k km/3 bulan(4 bulan pon boleh ler).

Kalo kurang berjalan eloklah guna semi sahaja, setiap 3 bulan tukar walaupon masih tak sampai 5k km. Penjelasan saya ini boleh dirujuk pada link http://www.carbibles.com/engineoil_bible.html
http://motorcycleinfo.calsci.com/Oils1.html

3) Kategori minyak:
a)Group i)Crude oil (minyak mentah)
b) Group ii): Semuanya jenis minyak enjin yg ada didlam pasaran yg sudah ditapis. (minyak semi sintetik hanya kategori group ii juga, kerana 30% bahagian sintetik yg digunakan.
c) Group iii) Minyak 100% sintetik yg berasakan petroleun dgn penyulingan tahap tertinggi.
d) Group iv) MInyak 100% sintetik yg berasakan bukan petroleum spt ester.

So mana2 minyak enjin dlm pasaran adalah sama sahaja.. cuma brand yg membezakan, pastikan ori baru beli.:)
 
Untuk myvi auto sesuai minyak ape yek?
Br skali pg kedai, sendiri tukar minyak itam guna castrol magnetic. Kena caj rm149 utk 7000mil.
Pastu flush oil tue penting ke?
Sblum nie waranty perodua.
Castrol nie ok tp kadang rasa berat la bwk kereta.
Tlg yek sape2 yg tau.

sy cdngkn guna JTX1000 tahan sehingga 10000km
telah terbukti di litar & jalan rya :D
 
Salam.....

okey kali ni saya nk share pasal minyak hitam.

dalam banyak2 minyak hitam yg pernah aku try pakai semua kalah dgn DAYTONA FULLY SYNTHETIC. mmg lancar. tahan lasak. minyak pun jimat.

xcaya pergi Cari MInyak ni jarang kedai jual. hahaha

klo minyak ni leh buat moto rosak sbb enjin leh claim moto baru terus.

aku dah tngk ujian yg diuji mmg shell fully sntetik kalah.

nk tahu harga ko leh g servey sendiri kat kedai leh tnya. :D

harga dia xmahal. asal enjin mantop.

Gambir mana tt??Harga??
kalo keta waja..elok guna minyak jenis pe tt???
 
aku pakai pennzoil jer...terbaik dan ekonomik...
 
Minyak hitam moto cap SUMO ok ke?
Kate orang banyak pakai kat LC, betol ka?
 
:D:DBaik pkai HDEO (high Diesel Engine Oil)
Shell Rimula-3x jimat murah, tahan panas dan lagi ringan.. setakat 128 gt nak hidup pagi2 senang je jalan jauh pun engine lancar je.. tak risau kepanasan..... harga RM15.60 je..

aku dah 2tahun pkai.. takmo tukar minyak lain dah..kecuali HDEO brand lain kalo ade..sebelum nia ada gak guna motul RM35, shell fully syntetic pun xleh lwn...

kalo overhole pun enjin lagi nampak lagi bersih dari minyak biasa..

bila buang je minyak cuba rasa testur minyak HDEO masih lagi licin tak mcm minyak motor yg lain rasa lebih kasar...
aku amik trus wat minyak rantai :D:D
 
Mungkin ramai yg tak perasan enjin motosikal berkerja hampir 3 x ganda dari kereta. Cuba lihat kebiasaan kereta berkapasiti 1300cc keatas, pada kelajuan 110km/h enjin berputar 3000rpm berbanding motosikal pada kelajuan 110km/h enjin berputar sekitar 7000rpm (110cc) / 6000rpm (500cc single selinder) / 8500rpm (250cc dwi selinder)/10000rpm (250cc 4 selinder) dsb.

Cuba lihat perbezaan rpm enjin2 tersebut, pada kelajuan tersebut segala mekanikal yg bergerak seragam seperti valve,cam shaft, timing chain (motosikal), rocker arm, crank shaft, ect, akan bergerak dgn keseragaman yg lebih tinggi berbanding enjin kereta. Kadar kehausan juga akan meningkat/cepat/kerap berbanding enjin kereta. Oleh itu tentulah enjin motosikal perlukan perlindungan yg lebih baik dari minyak enjin.

Oleh itu saya berpendapat kekerapan pernukaran minyak enjin motosikal adalah lebih kerap berbanding enjin kereta. contoh Andai kereta menggunakan minyak enjin mineral/semi syntetik ditukar setiap 5k km, maka enjin motosikal perlu ditukar 2k km hingga ke 3k km.

Begitu juga jika kereta menggunakan minyak 100% sintettik perlu ditukar setiap 10k km, maka motosikal perlu menukar minyak enjin setiap 5k km ~ 6k km.

Pendapat yg mengatakan minyak 100% sintetik boleh digunakan sehingga 15k km adalah tidak berasas lansung. saya tidak ingin mengulas panjang lebar mengenai perkara ini, cukuplah rujukan yg saya attachkan di bawah.

Apa itu "sludge".
http://www.schleeter.com/oil-sludge.htm
http://www.carbibles.com/engineoil_bible.html

Masalah BMW akibat dari penukaran minyak enjin yg tinggi (15k km)
http://www.bimmerfest.com/forums/showthread.php?t=94785

Ada banyak lagi link, tp memadailah link diatas..:">

Salaam,...

Alright, kasi den luangkan masa utk baca maklumat² tu..(mungkin berhari² jugak nak baca)
Den ada perasan maklumat² menarik dari 'link' yg diberi..('bookmark' dulu)
InsyaAllah nanti den cuba ulas..
Skrg tgh dalam 'mode' malas, sebab letih baru balik dari perjalanan lebih 400KM..
Nak 'jalan²' dalam thread lain dulu kat CG ni..

Kalau seseorang dah boleh bercerita tentang Group Oil, itu tanda memang ada buat kajian/bacaan tentang minyak enjin..
Tanda² ada ilmu minyak kat situ.. :D
Boleh la bertukar² ilmu/pandangan, insyaAllah..

p/s : TT(pembuka thread) terus diam bila den tanya tentang penggunaan shampu rambut sebagai minyak enjin kenderaan..
TT taknak bagi pandangan ke.. :p

mencari rezeki
faisal_moukei
 
baru jer tukar minyak enjin kat moto aku...

nasib baik oil filter tak seteruk ini....

filter4qm.jpg
 
aku pakai dari Cosway punyerr..
 
Back
Top
Log in Register