Dalam Islam semuanya perlu berhikmah, barulah nampak keindahan Islam. klu x berhikmah nanti musuh ambik kesempatan, sbb tu musuh senang2 tuduh org Islam militan, sdgkan kita x mcm tu.
baca quran mmg baik, hukumnya sunat,dpt pahala. tapi klu x kena cara blh jatuh haram. contoh, klu di masjid, baca quran kuat2 smpai org sebelah yg tgh solat terganggu, itu haram hukumnya.
jadi kita blh kiaskanlah, itu di masjid, mmg tempat utk org beribadah. itu pun Rasulullah tgur jgn smpai mengganggu ketenteraman/hak org lain. ini kan pula klu di bilik, berkongsi plk tu, tgh malam.
saya tdk salahkn kwn saudara, brgkali dia tgh bersemangat ataupun baru mndapat kesedaran, ingin mencari petunjuk dan hidayah. mmg waktu 2/3 malam itu adalah waktu yg amat sesuai utk kita beribadah,meminta2 dan bermanja2 dgn Tuhan. tapi biarlah episod cinta kita dgn Tuhan itu berlangsung antara kita shj, tdk perlulah smpai mengganggu org lain, dan moga dijauhkan, janganlah pula smpai timbul riak dan ujub di atas ibadah kita itu!
saranan saya, kpd sesiapa yg ingin menuntut ilmu, atau tgh bersemangat utk membuat perubahan diri. biarlah ilmu itu dituntut melalui saluran ataupun guru yg akan sentiasa membimbing dan memberi panduan kpd kita. byk kes gila isim yg berlaku (bukan nk kata kwn sedara dh gila isim) tp byk kes krn org ingin kenal sgt dgn Tuhan, terlalu obses dgn ilmu ketauhidan sehingga fikiran tidak terjangkau dgn logik akal, sbb itulah blh terjadi istilahnya gila isim.. mana blh kita akal2kan ilmu dan kuasa Tuhan. nk bayangkn syurga pun x mampu. sbb itulah kita kena berguru.
ttg kwn saudara ni, saya rasa dia sdg dilanda aura kesedaran bila melangkah ke kolej/IPT. ingin membuat perubahan drastik, ingin mencari dan membentuk identiti. saya dh pengalaman jgk dgn kwn2 mcm ni di IPT dulu. mudahnye, kita mintalah kwn2 rapat dia yg tlg tegur bg pihak anda dan warga asrama, bg cadangan spya dia membaca quran dgn perlahan ataupun dia blh memilih utk membaca di surau/musolla kolej. klu xde perubahan juga, terpaksalah jugak dibuat aduan kpd pihak warden. saya rasa cdgn paling ringan ialah satu hari di malam jumaat, ajaklah dia ke surau/musolla kolej utk beribadah/membaca quran, kita pun blh tumpg buat sembahyang sunat tahajud ke, sembhyg hajat ke. hehe... tapi ikut kemampuan kita aje lah. dua rakat tu pun dah ckup besar .. dapat pahala jgk..