Ringkasan Tafsir Surah An-Nisa' ayat 3
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja , atau tawanan/tahanan(captive*) yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat Ta'ulu.[maksud An-Nisa' 4:3]
*terjemahan Yusof Ali
serba ringkas daripada tafsir Al-Quran Al-A'dzim, Ibn Kathir mengatakan dua, tiga atau empat dalam ayat tersebut boleh bermaksud kahwinilah sebanyak mana wanita yang diinginkan selain daripada perempuan yatim, dua, tiga atau empat.Perlu kita sertakan firman Allah dalam ayat lain:
Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk mengurus berbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat.[maksud Fathir 35:1]
ini tidaklah bermakna Malaikat lain tidak mempunyai lebih dari empat sayap kerana terbukti kebanyakkan Malaikat sememangnya mempunyai lebih dari empat sayap.namun lelaki tetap dilarang dari berkahwin lebih dari empat. Ibn `Abbas dan kebanyakkan ulama' menyatakan sekiranya dibenarkan seorang lelaki mengahwini lebih dari seorang wanita tentunya diterangkan dalam ayat tersebut. Imam Ahmad meriwayatkan Salim mengatakan bapanya berkata:
Ghilan bin Salamah Ath-Thaqafi mempunyai sepuluh orang isteri sebelum memeluk Islam dan Rasulullah bersabda padanya,”pilihlah mana-mana empat dikalangan mereka (dan ceraikan yang lain).”
Ash-Shafi`i, At-Tirmidhi, Ibn Majah, Ad-Daraqutni dan Al-Bayhaqi mengumpul hadis ini cuma hingga pada kenyataan baginda Rasulullah: “ pilih mana-mana empat dari mereka”. Cuma Imam Ahmad yang dapat mengumpul versi penuh hadis tersebut. Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasallam kalau diikutkan boleh membenarkan Ghilan meyimpan lebih dari satu isteri memandangkan semua isterinya memeluk Islam. Apabila baginda memerintahkan untuk pilih empat ceraikan yang lain membuktikan yang lelaki tidak dibenarkan memiliki isteri lebih dari empat dalam apa jua keadaan. Jika kes ini berkenaan memiliki lebih dari empat isteri sebelum memeluk Islam ia juga diaplikasikan pada hukum mengahwini lebih dari empat.
Selain itu ayat tersebut (An-Nisa 3) juga menerangkan tentang kahwini hanya satu jika risau tidak dapat berlaku adil. Allah menerangkan dalam firman-Nya:
Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [maksud An-Nisa 4:129]
Dalam ayat tersebut (An-Nisa 3)
‘Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat Ta’ulu’
perkataan Ta’ulu bermakna berlaku tidak adil. Ibn Abi Hatim, Ibn Marduwyah dan Abu Hatim Ibn Hibban dalam saahihnya meriwayatkan yang A'ishah meriwayatkan, yang Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam bersabda yang ayat ‘Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat Ta’ulu’ itu bermakna berlaku tidak adil. Bagaimanapun Ibn Abi Hatim menyatakan yang bapanya mengatakan yang hadith tersebut dari Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam adalah silap kerana ia adalah dari Aishah bukannya Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam sendiri.
Ibn Abi Hatim rmeriwayatkan dari Ibn `Abbas, `A'ishah, Mujahid, `Ikrimah, Al-Hasan, Abu Malik, Abu Razin, An-Nakha`i, Ash-Sha`bi, Ad-Dahhak, `Ata' Al-Khurasani, Qatadah, As-Suddi dan Muqatil bin Hayyan mengatakan Ta`ulu bermakna menyimpang (dari keadilan)
Berikut adalah serba ringkas mengenai ayat tersebut menurut Tafsir Al-Quran Al-A'dzim. Yang benar itu dari Allah dan andai ada kesilapan adalah kelemahan menghimpun penjelasan dari ana sendiri sebagai hamba yang tidak sempurna. Namun kita redha tiap sesuatu itu dari Allah juga.
Wallahua’lam bisawab
sumber:
http://demipena.blogspot.com/2005/09/ringkasan-tafsir-surah-nisa-ayat-3.html