BTC USD 85,877.3 Gold USD 4,348.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Minta komen

sri_kelubi

Fun Poster
Messages
910
Joined
Oct 16, 2006
Messages
910
Reaction score
70
Points
20
Salam,

Minta sesiapa yg ada info pasal ni tolong bagi komen...nampak menarik tp quite suspicious.....:-?:-?

Kalau salah thread minta Mod tolong ubah


SURVEY - ONLINE

01 Julai 2009 - survey-online telah mula beroperasi di laman web baru. Terima kasih kepada yang telah menyertai program ini. Harap anda tersenyum dengan pendapatan yang telah anda perolehi. -admin-

Kumpulan pakar kami telah menghabiskan banyak masa berbincang dalam merekabentuk satu kaedah termudah untuk membolehkan anda semua bekerja dan menjana pendapatan tambahan dari keselesaan rumah anda.
Kebelakangan ini kami pasti ramai daripada anda telahpun terserempak dengan program-program "Menjana Pendapatan Daripada Rumah". Mungkin ada di antara anda telahpun memesan dan membeli produk-produk ini hanya untuk mendapati bahwa ianya hanyalah merupakan e-book seperti "40 Cara Menjana Pendapatan" yang memerlukan kita menjualnya semula (kononnya kita diberi resell right untuk berbuat begitu). Ini tidak termasuk penipuan saham internet yang menyebabkan ramai daripada kita kehilangan ribuan ringgit.

Tetapi laman web ini bukanlah program-program seperti itu. Jauh sekali daripada pelaburan internet. Anda tidak akan boleh menjadi kaya dalam masa semalaman serta boleh membeli rumah dan kereta mewah dalam masa sebulan. Tetapi anda boleh mendapat sehingga RM150 untuk satu atau dua jam masa yang anda luangkan setiap hari. Anda tidak perlu menjual apa-apa. Anda juga tidak perlu mempunyai kemahiran komputer yang tinggi. Memadai anda mempunyai pengetahuan asas dalam internet. Kami telah dan akan terus membuktikan kepada rakyat Malaysia cara-cara bagaimana untuk mendapat bayaran bagi setiap pandangan ataupun pendapat mereka. Program kami akan membantu dan menunjukkan pada anda bagaimana:

Mendapat sehingga RM60 sejam mengisi borang soal-selidik (survey) secara online
Mendapat sehingga RM90 sejam menjawab soal-selidik melalui telefon
Mendapat sehingga RM50 sejam dengan mengambil bahagian dalam 'focus group' secara online
Dibayar (bergantung kepada syarikat) untuk mencuba produk baru yang akan dihantar ke rumah anda

Bunyinya terlalu menarik bukan?... Biar kami terangkan dengan lebih lanjut bagaimana program ini berfungsi.

Kenapa ianya mungkin:

Di Malaysia sahaja, syarikat-syarikat pengeluar produk dan perkhidmatan membelanjakan hampir RM 5 bilion (5 ribu juta) setahun untuk kos pengiklanan bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pengguna-pengguna seperti anda. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya diperuntukkan bagi tujuan 'Pembangunan dan Penyelidikan' (R&D). Syarikat-syarikat ini perlu memahami bagaimana pengguna membelanjakan wang mereka untuk produk dan perkhidmatan dan mengapa pengguna lebih cenderung memilih sesetengah produk dan perkhidmatan berbanding yang lain.
Mungkin sekarang anda terfikir pula, tidakkah RM20 agak banyak untuk syarikat-syarikat ini membayar anda bagi kerja 10-15 minit (mengisi borang soal-selidik). Biar saya tunjukkan pada anda satu senario kenapa ianya tidak.

Senario A: Sebuah syarikat dalam masa seminggu mengedarkan 100 borang soal-selidik untuk mendapatkan data maklum-balas berkenaan produk mereka. Mereka membayar RM20 bagi setiap borang soal-selidik yang lengkap diisi. RM20 x 100 = RM 2,000 untuk data tersebut.

Senario B: Syarikat yang sama mengupah sebuah firma rundingan profesional bagi mendapatkan data yang sama. Pada kebiasaanya khidmat firma rundingan profesional akan mengenakan caj sehingga RM10,000 bagi projek tersebut.

Nampak jelas perbezaan perbelanjaan oleh syarikat tersebut bukan? Dengan menggunakan kaedah di "Senario A" syarikat tersebut boleh menjimatkan sehingga RM8,000

APA KATA MEREKA

Saya akui yang saya agak kurang yakin sebelum mendapatkan program ini. Tetapi saya gembira kerana membuat keputusan yang tepat dengan melanggannya. Baru sahaja dua hari mengambil bahagian dalam program ini, saya telah mendapat 'survey' lebih daripada yang mampu saya kendalikan. Kini saya telahpun mendapat bayaran bagi setiap 'survey' yang saya lengkapkan. Terima kasih admin."

Arfan Abdullah, Kajang.

"Saya kehilangan hampir RM10,000 dalam pelaburan inrternet baru-baru ini. Tetapi setelah menyertai program ini saya dapat mengumpul semula sedikit demi sedikit duit tersebut. Alhamdulillah akhirnya saya bertemu juga dengan program yang jujur. Kini saya telah jadikan mengisi borang soal-selidik sebagai sumber pendapatan tambahan saya. Dapatlah bayar ansuran kereta dan rumah dengan mudah setiap bulan"

Uztaz Dzulkifli Ghazali, Kota Bharu.

Bagaimana Program ini Berfungsi:

Langkah 1 - Untuk mula

Sebaik sahaja anda melanggan program ini anda akan diberi username dan password ke ruangan program kami. Perkara pertama yang anda harus lakukan adalah untuk sign-up sebanyak mungkin dan secepat mungkin dengan syarikat-syarikat yang terlibat dengan program ini. Sebaik sahaja anda selesai mengisi profail dan maklumat berkenaan diri anda seperti nama, umur, jantina, pekerjaan, no akaun bank anda akan melihat permintaan survey melimpah-limpah masuk. Soal-selidik ataupun survey ini merangkumi berbagai-bagai produk daripada makanan sehinggalah kenderaan. Mudah bukan? Anda dapat membuat RM20-RM30 untuk tugasan yang mengambil masa antara 10-15 minit.

Langkah 2 - Menguruskan masa

Program ini sangat fleksibel di mana anda sendiri boleh menetapkan masa bekerja anda dan dari mana anda ingin melakukan kerja tersebut. Anda tidak perlu terpaku di depan komputer (rumah ataupun Cyber cafe) selama 4-5 jam secara berterusan. Anda mungkin hanya ingin bekerja selama 1-2 jam dan kemudian berehat untuk makan, menonton TV, ataupun bermain dengan anak-anak anda. Apa-apa sahaja! Selepas selesai berehat anda boleh kembali menyambung tugas mengisi borang soal selidik dan membuat wang. Anda adalah bos... Jadi anda tetapkan sendiri masa anda!

Langkah 3 - Memaksimakan pendapatan anda

Jika anda bersifat positif dan serius dalam menyertai program ini, anda bakal mendapat pendapatan sama seperti pekerjaan profesional yang lain. Inilah revousi Internet di mana peluang-peluang baru yang tidak disangka-sangka akan menjelma.

Sebahagian syarikat yang bekerjasama dengan kami menawarkan soal-selidik melalui website kami, email ataupun telefon. Anda boleh melihat senarai syarikat dan jumlah wang yang ditawarkan bagi setiap soal-selidik setelah anda login. Jadi anda boleh memilih syarikat yang menawarkan pembayaran soal-selidik paling tinggi.

Kebanyakan syarikat juga akan membayar anda secara tunai yang akan dibank-in kan ke dalam akaun simpanan anda (Maybank, CIMB, Public Bank, BSN, Bank Islam, RHB dan lain-lain) dan ada juga yang akan menghantar cek kepada anda melalui alamat yang anda bekalkan semasa mendaftar bersama kami.

Dan buat pengetahuan anda juga, buat masa ini lebih 400 syarikat telah berkerjasama dengan pengkalan data (database) program kami dan jumlah ini semakin bertambah setiap bulan. Dijangkakan menjelang akhir tahun lebih 1000 syarikat akan bersama-sama kami menjayakan program ini.

Berapakah kos program ini?

Biar saya beritahu sesuatu kepada anda yang saya rasakan agak ironik. Zaman sekarang ini gaji bagi seorang pekerja yang mempunyai ijazah adalah sekitar RM1,600 - RM3,000 sebulan. Tetapi kebanyakan syarikat sanggup membayar lebih bagi mendapatkan pandangan (survey) anda berbanding gaji pekerja berijazah mereka sendiri.

Jangan risau. Kami tidak akan mengenakan caj yang mahal bagi menyertai program ini. Walaupun kami rasa amat berpatutan untuk meletakkan harga ratusan ringgit bagi program ini atas dasar keyakinan tinggi kami terhadap pendapatan lumayan yang dapat dijana. Begitulah tingginya keyakinan kami terhadap program ini. Kami tahu ramai daripada anda di luar sana yang akan kekurangan antara RM300-RM400 setiap bulan.

Oleh itu kami telah menetapkan harga yang amat berpatutan bagi anda yang ingin menyertai program ini. Harga yang rendah ini juga akan memberi faedah kepada program kami di mana mereka yang berpuas hati akan pasti menghebahkan laman web ini kepada orang lain.

Jadi ini adalah apa yang telah kami putuskan. Buat masa yang terhad, kami menawarkan "akses tanpa limit " kepada keseluruhan program kami dengan yuran pendaftaran hanya sebanyak RM20 sahaja (pembayaran sekali seumur hidup). Selepas tempoh promosi, yuran pendaftaran akan dinaikkan kepada RM135 bagi menampung kos-kos pengurusan dan pentadbiran. Ini merupakan penjimatan sebanyak RM115 daripada harga asal!!
 
Tetapi tunggu dulu!!

Jika anda mendaftar dalam tempoh promosi kami, anda juga akan mendapat 2 bonus tambahan iaitu:


BONUS # 1

Anda akan mendapat software terbaru dari kami iaitu "roboform" yang akan meningkatkan kepantasan anda mengisi borang survey sebanyak 300%. Jadi sekiranya anda boleh mengisi borang survey 3 kali lebih pantas ini bermakna anda akan dapat membuat wang 3 kali lebih banyak! (Kos software - RM59)

BONUS # 2

Langganan seumur hidup newsletter SURVEY-ONLINE
Dengan langganan ini kami akan sentiasa memaklumkan anda menerusi email , berkenaan tawaran soal-selidik paling menarik. Dengan ini anda akan sentiasa menjadi orang paling awal dan mendapat keutamaan untuk menjana pendapatan yang lebih lumayan berbanding ahli-ahli yang lain. (Kos newsletter - RM10 setiap bulan)


Dan oleh kerana kami ingin anda berasa selesa dan selamat dengan pembayaran yuran penyertaan anda, kami berdiri teguh di belakang program kami dengan 100% Jaminan wang anda akan dikembalikan:

Kami amat yakin dengan program kami, dimana
sekiranya anda tidak berpuas hati dengan program ini
dalam 90 hari pertama penyertaan anda, kami
akan pulangkan kembali kesemua yuran
penyertaan anda tanpa sebarang persoalan.

Ingat-Syarikat-syarikat membelanjakan berbilion ringgit setiap tahun untuk cuba mencari dan mengenalpasti kemahuan pengguna. Soal-selidik(survey) adalah cara yang paling efektif dan efisien untuk mereka mendapatkannya.

Kerana itulah mereka amat memerlukan anda. Siapakah lagi yang mahir tentang kemahuan pengguna selain anda? Fikirkan sahaja tentang semua produk dan servis yang telah anda gunakan sepanjang tahun. Tidakkah anda layak dibayar untuk pandangan anda bagi produk-produk tersebut. Kerana itulah anda dapat menjana sehingga RM90 sejam hanya untuk pendapat anda. Mudah dan senang.

Jadi tunggu apa lagi? Mulakan tugasan pertama anda sekarang dan tambahkan pendapatan anda.
Dapatkan akses serta-merta sekarang!
 
Anda dapat membuat RM20-RM30 untuk tugasan yang mengambil masa antara 10-15 minit.


Tetapi anda boleh mendapat sehingga RM150 untuk satu atau dua jam masa yang anda luangkan setiap hari.

masyukk nih.. bule cayer ker nih TT?? cam scam jekk.. testimonial tu sapa² leh reka.. :-? :-?
 
Bagi aku sambar je la..memang biz ini money rolling tapi amek peluang memandangkan ia modal kecil..U untung diorang pun untung..ini kan bisnes memang la risiko..klu taknak risiko baik simpan duit dalam bank...
 
macam bau2 surat berantai ja ni hihihii...
 
masyukk nih.. bule cayer ker nih TT?? cam scam jekk.. testimonial tu sapa² leh reka.. :-? :-?

Aku pun was2 tu yg aku tepek kat sini minta pendapat forumer2 sumer.....aku tgh google benda ni...nanti apa2 info aku tepek kat sini...


Bagi aku sambar je la..memang biz ini money rolling tapi amek peluang memandangkan ia modal kecil..U untung diorang pun untung..ini kan bisnes memang la risiko..klu taknak risiko baik simpan duit dalam bank...

Tak boleh sambar jer bro, walaupun cuma RM20 tp dwet juga tu....aku mmg anti scammer dan bisnes2 yg x masuk dek akal...Kalau bro tgk kat thread2 yg aku post tahu la....sampai org kata aku buta math....:))

Tp x pa, sikit lagi jer aku nak khatam benda ni..nanti aku tepek...dan yg pastinya bukan money rolling cuma yg fees RM20 tu jer yg buatkan aku musykil...


macam bau2 surat berantai ja ni hihihii...

Bukan surat berantai bro...aku dah survey...cuma x khatam lagi...


Harap2 yg mana dah besa tu bagi la info....kalau scam pakat2 kita pangkah....

Cuma offline tu mmg la ada survey mcm ni dr Maxis, Celcom dsb dan setahu aku agen2nya mmg masyukkkkk...tp org yg fill up survey form x dpt apa...kalau ada pun agen tu bagi la cenderahati sket...

Nanti la aku google lagi
 
Ni yg aku jumpa....

Using Paid Surveys as a Residual Income

If you spend long enough on the internet you are bound to come across an advertisement or pop up that offers you to take a survey and get paid. You are likely wondering exactly how credible these offers are. There are actual paid survey sites that will give individuals cash and prizes in exchange for people taking the time to give their opinion. The blue chip companies are big players in these sites since they are always looking for ways to improve their products or services in order to get better margins. Also before any new company brings a new product to the market they want to find out about the preferences of consumers and whether or not their product will be a success.

In order to get paid you just need to visit the survey site and follow their specific guidelines. The amount you make from taking the surveys will depend on how many, what type and duration of the surveys. There are companies that give you cash for each survey you take while others offer gift certificates that allow you to enter a prize drawing. While you can supplement you income with a paid survey job you probably won’t be able to completely substitute your regular job. You may be able to get paid for taking surveys but it is often much less than your regular job. However, doing paid surveys is perfect as a hobby.

The profile you fill out on the survey site will determine how many surveys you are offered to take part in. You will also note that some paid survey sites have more surveys than others. This is why it is a good idea to join as many paid survey sites as possible and complete as many surveys as you can from each site. The amount of paid surveys also depends on the country since the United States has more surveys then those in other countries.

When you register with a paid survey site you will need to give your contact information and other relevant details. If you provide more details and have a good profile then you can expect to be offered to take part in more surveys. Once you are registered you will be directed to open surveys. You will also receive emails with links to individual survey pages where you can start filling out ongoing surveys. When you take a survey be sure to be honest since you are not being forced to partake in the survey. If you aren’t comfortable with a survey you can simply choose to pass and take the next survey that comes along.

Once you have finished the survey you come to the point of being paid and each company can do this in a variety of ways. Some paid survey companies choose to pay you directly by check or PayPal every time you complete a survey. Other companies will credit your account until you have reached a specific threshold and then they will pay you with a check or bank deposit. Yet other companies will pay by reward points in which you can spend on an online reward store once you have enough points.
 
Back
Top
Log in Register