BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Microsoft Surface Go 3 Dengan Cip Pemproses Lebih Pantas

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Microsoft Surface Go 2 masuk pasaran tanah air dengan harga bermula RM1955 kini mempunyai penggantinya, iaitu Surface Go 3. Tidak ada perkara besar menarik pada model kali ini melainkan cip pemproses baharu. Surface Go 3 tampak seperti model terdahulu yang dilengkapi skrin 10.5 inci beresolusi 1920x1280, kamera yang sama, saiz sama, pembesar suara serta sambungan sama.

Seperti yang dinyatakan, ia menerima naik taraf dimana ditawarkan sama ada cip Intel Pentium Gold 6500Y atau Intel Core i3-10100Y dan menjadikannya lebih berkuasa berbanding Surface Go 2. Selain itu, turut hadir 4GB atau 8GB RAM, Windows 11 dan bateri yang tahan lebih lama. Harga jualan bermula USD399 (~RM1673) yang mungkin adalah sama dengan Surface Go 2 sekiranya ia ditawarkan di Malaysia.​

1632560509862.png
 
Surface Go 3 Dah Mula Di Jual, Harga Bermula RM1888

Microsoft telah mengumumkan ketibaan Surface Go 3 untuk pasran tempatan Malaysia bermula hari ini. Diperkenalkan kali pertama pada bulan lepas, pengganti kepada Surface Go 2 ini tampil dengan spesifikasi lebih baik berbanding model terdahulu itu. Imbas kembali kepada tawaran, Surface Go 3 dilengkapi dengan paparan sentuh 10.5 inci, Intel Pentium Gold 6500Y atau Intel Core i3 10100Y, RAM 4GB dan 8GB, storan eMMC 64GB atau SSD 128GB dan grafik UHD Graphics 615.

Bahagian sambungan menyediakan 1x USB-C, bicu audio 3.5mm, 1x Surface Connect port, dan slot MicroSDXC. Kamera hadapan menawarkan 5MP manakala rakaman belakang digalas oleh kamera 8MP. Harga jualan adalah seperti dibawah;​
  • Intel Gold/RAM 4GB/64GB WiFi - RM1888​
  • Intel Gold/RAM 8GB/128GB WiFi - RM2588​
  • Intel i3 Gen-10/RAM 8GB/128GB WiFi - RM2988​
Sementara itu, Microsoft Ocean Plastic Mouse pula boleh dimiliki pada harga RM119. Tetikus ini dihasilkan dari resin yang mana 20% daripadanya dikitar semula dari bahan buangan plastik yang dibuang dilautan. Surface Go 3 boleh didapati dari pengedar sah Microsoft, Lazada dan Shopee.​

MIcrosoft telah mengumumkan ketibaan Surface Go 3 untuk pasran tempatan Malaysia bermula hari ini.

Diperkenalkan kali pertama pada bulan lepas, pengganti kepada Surface Go 2 ini tampil dengan spesifikasi lebih baik berbanding model terdahulu itu.

Surface-Go-3-Creating.jpeg


Imbas kembali kepada tawaran, Surface Go 3 dilengkapi dengan paparan sentuh 10.5 inci, Intel Pentium Gold 6500Y atau Intel Core i3 10100Y, RAM 4GB dan 8GB, storan eMMC 64GB atau SSD 128GB dan grafik UHD Graphics 615.

Surface-Go-3-Detach.jpeg


Bahagian sambungan menyediakan 1x USB-C, bicu audio 3.5mm, 1x Surface Connect port, dan slot MicroSDXC. Kamera hadapan menawarkan 5MP manakala rakaman belakang digalas oleh kamera 8MP.

Surface-Go-3-Hero.jpeg


Harga jualan adalah seperti dibawah:

  • Intel Gold/RAM 4GB/64GB WiFi - RM1888
  • Intel Gold/RAM 8GB/128GB WiFi - RM2588
  • Intel i3 Gen-10/RAM 8GB/128GB WiFi - RM2988

Ocean_plastic.jpeg


Sementara itu, Microsoft Ocean Plastic Mouse pula boleh dimiliki pada harga RM119. Tetikus ini dihasilkan dari resin yang mana 20% daripadanya dikitar semula dari bahan buangan plastik yang dibuang dilautan.

Ocean-Plastic-Mouse-Top.jpeg


Surface Go 3 boleh didapati dari pengedar sah Microsoft, Lazada dan Shopee.
 
Reaksi Awal - Microsoft Surface Go 3

Microsoft Surface Go 3, sebuah tablet yang didatangkan dengan sistem operasi Windows dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Tanpa membuang masa, mari kita lihat spesifikasi yang ada pada Surface Go 3 ini.

Spesifikasi

  • Cip pemprosesan: Intel® Core™ i3-10100Y​
  • Storan: 8GB RAM (LPDDR3) + 128GB (SSD)​
  • Skrin: 10.5” PixelSense™ Display​
  • Grafik: Intel® UHD Graphics 615​
  • Kamera: 8MP utama, 5MP swafoto​
  • Pembesar Suara: Stereo (Dolby® Audio™)​
  • Perisian: Windows 11 (S Mode)​
  • Bateri: 11 Jam penggunaan biasa (24W)​

Pengalaman buka kotak

Dalam kotak, anda akan diperlihatkan tablet Microsoft Surface Go 3 itu sendiri dan dibawahnya terdapat lagi dua kotak diisi dengan manual serta pengecas.


IMG_0013-2.jpg

IMG_0014-1.jpg


Untuk pengecas, ia didatangkan dengan pengecasan pantas 24W jenis Surface Connect yang mana ia khusus untuk tablet ini. Selain itu, tablet ini juga masih boleh dicas menggunakan lubang USB-C yang ada pada bahagian kanan tablet ini.

IMG_0017.jpg

IMG_0018.jpg

IMG_0019.jpg


Kita berbalik kepada Surface semula. Tablet ini direka dengan rekaan melintang. Pada bahagian depan, anda akan dipaparkan dengan skrin berukuran 10.5 inci PixelSense Display. Pada bahagian atas skrin juga, anda akan dapat melihat satu kamera dan 2 lubang mikrofon.


IMG_0021.jpg

IMG_0023-1.jpg


Pada bahahian atas, ada butang kuasa dan butang audio. Bahagian kanan ada picu audio 3.5mm, USB-C, dan lubang pengecasan Surface Connect dan bahagian bawah pula ada Surface Type Cover Port.


IMG_0024.jpg

IMG_0025.jpg

IMG_0026-1.jpg


Bahagian belakang pula, anda akan dipaparkan dengan logo Microsoft, dan kamera. Selain itu, tablet ini juga mempunyai slot untuk mikroSDXC yang tersedia dibelakang stand tablet ini.

IMG_0027.jpg

Didatangkan dengan Windows 11

Microsoft Surface Go 3 ini dijana dengan cip pemprosesan Intel Core i3-10100Y, 128GB SSD storan, 8GB RAM LPDDR3 dan grafik Intel UHD Graphics 615.

Apa yang menarik untuk Surface Go 3 ini adalah ia didatangkan dengan Windows 11 dari dalam kotak. Disebabkan ia adalah sebuah tablet, sudah pasti ia menyokong skrin sentuh.

IMG_0028.jpg

IMG_0029.jpg


Dengan penggunaan Windows 11, gestur skrin sentuh pada tablet ini lebih dioptimumkan. Walaupun tanpa Type Cover, anda masih lagi dapat menggunakan tablet ini untuk penggunaan biasa.

Jangan terkejut dengan harga

Harga yang ditawarkan untuk Microsoft Surface Go 3 varian yang paling rendah ialah RM1,888 dengan cip janaan Intel Pentium Gold 6500Y, 4GB RAM, 64GB storan. Varian yang dipaparkan diatas merupakan varian paling tinggi iaitu dijana dengan Intel i3, 128GB SSD dan 8GB RAM dan harga yang ditawarkan bagi tablet ini ialah RM2,988.

Anda rasa berbaloi atau tak untuk beli Microsoft Surface Go 3 ini dengan harga yang ditawarkan?​
 
Back
Top
Log in Register