BTC USD 54,916.7 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Microsoft Surface Go 3 Dengan Cip Pemproses Lebih Pantas

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
Microsoft Surface Go 2 masuk pasaran tanah air dengan harga bermula RM1955 kini mempunyai penggantinya, iaitu Surface Go 3. Tidak ada perkara besar menarik pada model kali ini melainkan cip pemproses baharu. Surface Go 3 tampak seperti model terdahulu yang dilengkapi skrin 10.5 inci beresolusi 1920x1280, kamera yang sama, saiz sama, pembesar suara serta sambungan sama.

Seperti yang dinyatakan, ia menerima naik taraf dimana ditawarkan sama ada cip Intel Pentium Gold 6500Y atau Intel Core i3-10100Y dan menjadikannya lebih berkuasa berbanding Surface Go 2. Selain itu, turut hadir 4GB atau 8GB RAM, Windows 11 dan bateri yang tahan lebih lama. Harga jualan bermula USD399 (~RM1673) yang mungkin adalah sama dengan Surface Go 2 sekiranya ia ditawarkan di Malaysia.​

1632560509862.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,170
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,170
Reaction score
4,271
Points
236
Surface Go 3 Dah Mula Di Jual, Harga Bermula RM1888

Microsoft telah mengumumkan ketibaan Surface Go 3 untuk pasran tempatan Malaysia bermula hari ini. Diperkenalkan kali pertama pada bulan lepas, pengganti kepada Surface Go 2 ini tampil dengan spesifikasi lebih baik berbanding model terdahulu itu. Imbas kembali kepada tawaran, Surface Go 3 dilengkapi dengan paparan sentuh 10.5 inci, Intel Pentium Gold 6500Y atau Intel Core i3 10100Y, RAM 4GB dan 8GB, storan eMMC 64GB atau SSD 128GB dan grafik UHD Graphics 615.

Bahagian sambungan menyediakan 1x USB-C, bicu audio 3.5mm, 1x Surface Connect port, dan slot MicroSDXC. Kamera hadapan menawarkan 5MP manakala rakaman belakang digalas oleh kamera 8MP. Harga jualan adalah seperti dibawah;​
  • Intel Gold/RAM 4GB/64GB WiFi - RM1888​
  • Intel Gold/RAM 8GB/128GB WiFi - RM2588​
  • Intel i3 Gen-10/RAM 8GB/128GB WiFi - RM2988​
Sementara itu, Microsoft Ocean Plastic Mouse pula boleh dimiliki pada harga RM119. Tetikus ini dihasilkan dari resin yang mana 20% daripadanya dikitar semula dari bahan buangan plastik yang dibuang dilautan. Surface Go 3 boleh didapati dari pengedar sah Microsoft, Lazada dan Shopee.​

MIcrosoft telah mengumumkan ketibaan Surface Go 3 untuk pasran tempatan Malaysia bermula hari ini.

Diperkenalkan kali pertama pada bulan lepas, pengganti kepada Surface Go 2 ini tampil dengan spesifikasi lebih baik berbanding model terdahulu itu.

Surface-Go-3-Creating.jpeg


Imbas kembali kepada tawaran, Surface Go 3 dilengkapi dengan paparan sentuh 10.5 inci, Intel Pentium Gold 6500Y atau Intel Core i3 10100Y, RAM 4GB dan 8GB, storan eMMC 64GB atau SSD 128GB dan grafik UHD Graphics 615.

Surface-Go-3-Detach.jpeg


Bahagian sambungan menyediakan 1x USB-C, bicu audio 3.5mm, 1x Surface Connect port, dan slot MicroSDXC. Kamera hadapan menawarkan 5MP manakala rakaman belakang digalas oleh kamera 8MP.

Surface-Go-3-Hero.jpeg


Harga jualan adalah seperti dibawah:

  • Intel Gold/RAM 4GB/64GB WiFi - RM1888
  • Intel Gold/RAM 8GB/128GB WiFi - RM2588
  • Intel i3 Gen-10/RAM 8GB/128GB WiFi - RM2988

Ocean_plastic.jpeg


Sementara itu, Microsoft Ocean Plastic Mouse pula boleh dimiliki pada harga RM119. Tetikus ini dihasilkan dari resin yang mana 20% daripadanya dikitar semula dari bahan buangan plastik yang dibuang dilautan.

Ocean-Plastic-Mouse-Top.jpeg


Surface Go 3 boleh didapati dari pengedar sah Microsoft, Lazada dan Shopee.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register