BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Microsoft Windows 11 SE Dan Surface Laptop SE Bakal Saingi Chromebook

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Microsoft sebelum ini hadir dengan Surface, peranti dengan spesifikasi yang sesuai produktiviti dan mempunyai peminat tersendiri. Pesaingnya, Chromebook pula lebih mendapat perhatian di mana ia lebih banyak digunakan di sekolah-sekolah.

Terbaru, Microsoft melancarkan sistem operasi Windows 11 SE khas untuk peranti berkos rendah dan penggunaan pelajar dan sekolah-sekolah terutamanya di Amerika Syarikat yang kini banyak menggunakan Chromebook.

Walaupun hadir tanpa sokongan Microsoft Store dan dioptimasi untuk perisian buatan Microsoft, namun ia juga menyokong aplikasi pihak ketiga seperti Zoom dan Chrome. Pentadbir boleh mengawal peranti yang menjalankan sistem operasi ini dan bertangungjawab atas aplikasi yang dipasang dan sebagainya.

Antara pengeluar yang akan menggunakan Windows 11 SE kelak ialah Acer, Asus, Dell, Dynabook, Fujitsu, HP, JK-IP, Lenovo dan beberapa nama lain.

Dalam pada itu, Microsoft turut melancarkan produk terbaru mereka iaitu Surface Laptop SE yang menjadi komputer riba pertama menjalankan Windows 11 SE. Ia hadir dengan cip Intel Celeron, RAM sebesar 4GB, storan 64GB dan skrin sebesar 11.6 inci.
1637070627592.png

Sumber asal TheVerge
 
Last edited:

Ada pakai ke bang Windows 11 SE ni
 
Windows 11 SE

- Tidak Di Jual Berasingan
- Saingan Untuk Chrome OS
- Kos Lesen Lebih Murah
- Kos "Hardware" Lebih Murah
- Senang IT Administrator Pantau Kedudukan Aplikasi
- Susah Di Jangkiti Perisian Hasad (Malware / Spyware)
- Profil / Maklumat Pelajar Guna OneDrive (Jika Chrome OS Guna GMAIL)
- Tidak Boleh "Install" Kembali Jika Dah Buang dari Komputer Tersebut
 
Back
Top
Log in Register