combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
MetMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika
kredit: MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika yang bergerak ke arah Timur Laut dengan kelajuan 19 kilometer sejam (km/j) pada jarak kira-kira 1,691 km dari Barat Laut Kudat, Sabah.
Menurut METMalaysia, ribut itu mencatat kelajuan angin maksimum 65 km/j, namun tidak memberikan kesan signifikan kepada Malaysia setakat ini.
Jabatan itu memaklumkan, kedudukan semasa ribut tropika berkenaan pada 8 malam tadi adalah di latitud 20.0 Utara dan longitud 108.9 Timur, kira-kira 39 km dari Barat Laut Sandu, China.