BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MetMalaysia Keluar Nasihat Ribut Tropika Nokaen

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,177
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,177
Reaction score
346
Points
141
53516c39f8f82a9f6457fae0a3a0c284676f86b90e26b


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika (NOKAEN) bagi ribut yang dikesan pada pukul 5 petang ini pada latitud 14.4° utara dan longitud 123.8° timur, kira-kira 104 kilometer (km) ke arah timur laut Naga City, Filipina.

Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia memaklumkan dalam kenyataan bahawa ribut tersebut bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 km sejam (km/j), manakala kelajuan angin maksimum mencatat 74 km/j.

Jarak ribut berkenaan dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,126 km ke timur laut Pitas, Sabah.

Menurut MetMalaysia, keadaan itu tidak memberi kesan signifikan terhadap Malaysia.

 
Back
Top
Log in Register