BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MetMalaysia: Hujan Berterusan Dijangka Landa Beberapa Kawasan Di Sarawak Sehingga Esok

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
fc6ed23a115746fea020e0846487c0b963b91625f382b


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak sehingga esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan tahap buruk membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong.

Bagi amaran hujan berterusan tahap waspada pula, beliau berkata ia melibatkan Sri Aman (Lubuk Antu), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau menerusi platfom media sosial jabatan itu, selain menghubungi talian hotline1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan.

 
Back
Top
Log in Register