BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ribut Petir, Hujan Lebat Dijangka Landa Beberapa Negeri - MetMalaysia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
bc0c59026388f9c8abebd97389e090e963872c74d042d


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang yang berterusan hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 4.30 petang memaklumkan, cuaca buruk dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sabah.

Antara kawasan yang terlibat termasuk Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak; serta Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.

Kawasan lain yang turut dijangka dilanda ribut petir ialah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Kuantan, Bera dan Rompin di Pahang; Klang dan Petaling di Selangor; serta Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.

Sementara itu di Sabah, amaran melibatkan kawasan pedalaman seperti Nabawan, Keningau dan Tambunan, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) serta daerah Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan.

MetMalaysia menasihati orang ramai agar berwaspada terhadap kemungkinan berlaku banjir kilat dan kerosakan akibat tiupan angin kencang, selain mengelakkan aktiviti di kawasan lapang dan perairan sepanjang tempoh amaran berkuat kuasa.

 
Back
Top
Log in Register