BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mesin ATM Beras Buat Rakyat Terengganu

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,180
Points
266
Mesin ATM Beras buat rakyat Terengganu [METROTV]


beras23_1633312900.jpg




Kuala Berang: Terengganu menjadi negeri kedua melaksanakan program Mesin Automatik Mudah Alih (ATM) Beras dalam usaha membantu golongan tidak berkemampuan yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19, selepas Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, berkata, program berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Sekretariat Food Bank Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan rakan strategik utama iaitu Kumpulan Legasi Z dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Katanya, sehingga akhir tahun ini, pihaknya akan menempatkan lima mesin berkenaan di beberapa lokasi terpilih dan Hulu Terengganu menjadi lokasi kedua penggunaan mesin berkenaan.

"Walaupun negara dalam fasa pemulihan daripada cabaran pandemik Covid-19, namun masih ramai yang masih terkesan dengan krisis ekonomi ketika ini dan memerlukan bantuan dan sumbangan.

"Kesan daripada pandemik menyebabkan ramai rakyat yang hilang pendapatan dan pekerjaan, terputus sumber pencarian dan memerlukan bantuan makanan.

"Justeru, dengan pelaksanaan mesin ini, ia dapat meringankan beban rakyat khusus golongan miskin dan berpendapatan rendah untuk mendapatkan bekalan pada bila-bila masa," katanya pada majlis perasmian ATM Beras di Masjid Pekan Ajil, di sini, hari ini.

Katanya, mesin yang diletakkan di perkarangan masjid itu akan diselia pihak pengurusan kariah masjid dan mempunyai dua fungsi iaitu mengeluarkan beras mengikut kuantiti yang ditetapkan selain mempunyai tabung khas untuk orang ramai menderma bagi mengisi bekalan beras dalam mesin.

Jelasnya, konsep sumbangan menerusi mesin berkenaan adalah kesinambungan daripada program Gerobok Prihatin yang sudah dilaksanakan di 93 masjid di daerah ini sejak Mei lalu.

"Kita lihat program Gerobok Prihatin berjaya mencapai matlamat dan berharap program Mesin Beras ATM ini juga mendapat sokongan daripada pihak lain untuk menyalurkan sumbangan supaya manfaatnya dapat diperluaskan lagi kepada golongan sasaran," katanya.

Menurut Rosol, mesin berkenaan dengan kapasiti 500 kilogram (kg) beras bagi setiap penggunaan dapat memanfaatkan penduduk Hulu Terengganu khususnya yang tinggal di sekitar Pekan Ajil.

"Bagi menampung keperluan penduduk yang memerlukan bantuan makanan menerusi program itu, sebanyak satu tan beras diperuntukkan bagi setiap bulan.

"Inovasi Mesin ATM Beras ini adalah tanda keprihatinan kerajaan membantu meringankan beban mereka yang terkesan dan dalam masa sama dapat memastikan makanan tersedia untuk keluarga walau dalam apa keadaan sekalipun.

"Sesiapa sahaja yang memerlukan boleh datang pada bila-bila masa dan ikut arahan yang dipaparkan untuk mendapatkan bekalan sehingga lima kg beras bagi setiap pengeluaran," katanya.

Rosol berkata, inisiatif itu bukan hanya bermatlamat membantu golongan memerlukan tetapi dalam masa sama turut
mewujudkan budaya memberi dan menyumbang di kalangan mereka yang berkemampuan.





metro
 
Selalunya apabila sebut mesin ATM, terus terfikir kan duit. Tapi kini, mesin ATM keluarkan beras pula. Inilah inovasi.

Alhamdulillah, siang tadi saya melancarkan Mesin ATM Beras Parlimen Hulu Terengganu. Mesin ini ditempatkan di Masjid Pekan Ajil.

Sesiapa yang dalam kesusahan, kekurangan wang dan terputus bekalan makanan, bolehlah datang ke masjid ini dan dapatkan bekalan beras dari mesin ini.

Semoga dapat meringankan beban bukan saja buat mereka yang terkesan kerana hilang punca pendapatan akibat cabaran COVID-19, tetapi sesiapa saja yang memerlukan. Mungkin bantuan beras ini nampak kecil di mata kita, namun besar ertinya bagi orang lain.

Terima kasih Food Bank Malaysia KPDNHEP dengan kerjasama rakan strategik utama, Kumpulan Legasi Z dan tidak lupa juga FAMA atas inisiatif murni ini.

#RosolWahid #DRW #AhliParlimenHuluTerengganu #ParlimenHuluTerengganu #P038 #KPDNHEP #FoodBankMalaysia #MesinATMBeras #KitaJagaKita #UrangUluKiteCakne

 
Yg ni proper sikit. Yg atas tu mcm apa entah tadah kt lantai

 
Back
Top
Log in Register