BTC USD 83,256.2 Gold USD 4,155.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menyirap dengan Comango

wapancho

Fun Poster
Messages
788
Joined
Feb 13, 2008
Messages
788
Reaction score
1
Points
15
Kalau lah apa yang diminta oleh Comango nih dapat...aku rasa nak berkorban demi agama dan negara lah...

Apa tuntutan Comango, sila baca petikan dari utusan.

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dianggap tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Ketua Delegasi Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro) ke Geneva, Switzerland, Azril Mohd. Amin berkata, tindakan Comango itu sengaja menimbulkan kekeliruan seolah-olah Malaysia adalah sebuah negara sekular yang meletakkan semua agama sama rata.

Menurut beliau, perbuatan itu bertujuan meletakkan apa sahaja dasar dan undang-undang yang digubal kerajaan atau majlis-majlis agama Islam negeri di bawah seliaan serta pemerhatian Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

"Kerajaan perlu menjelaskan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB bahawa sekalipun rakyat di negara ini terdiri daripada penganut pelbagai agama dengan 60 peratus daripadanya umat Islam, Malaysia berkewajipan untuk memelihara agama Islam setiap masa.

"Kealpaan perwakilan negara untuk memberikan perhatian utama kepada kewajipan memelihara agama Islam dalam perundingan antarabangsa boleh mengakibatkan Malaysia dihalang (estopped) pada masa akan datang daripada bersandarkan kepada hujah kedaulatan Islam,'' katanya dalam memorandum MuslimUPro yang disiarkan menerusi blog http://azrilmohdamin.com hari ini.

Delegasi MuslimUPro kini berada di Geneva untuk memantau tuntutan yang dibuat Comango termasuk dalam isu proses semakan berkala sejagat (UPR) ke atas Malaysia yang memasuki pusingan kedua melalui Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada 24 Oktober ini.

Antara tuntutan yang dikemukakan Comango adalah hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini.

Comango turut mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, larangan terhadap penganut ajaran Syiah dan hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur.

Gabungan itu turut menuntut undang-undang jenayah syariah dihapuskan, memberi persepsi negatif terhadap tindakan penguatkuasaan oleh jabatan agama Islam negeri dan usaha berdakwah kepada masyarakat Orang Asli serta mendesak kerajaan menarik balik pengharaman buku terjemahan Allah, Kebebasan dan Cinta, karya Irshad Manji.

Azril menambah, tuntutan-tuntutan Comango itu jelas mendedahkan agenda mengganggu-gugat kedudukan Islam di Malaysia dan perlu ditolak oleh kerajaan.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Nassar, Nasharudin Mat Isa yang menyertai delegasi itu berkata, kesemua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditemui MuslimUPro di Geneva sedar tentang percubaan untuk menggugat kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"NGO-NGO yang kami temui turut dimaklumkan tentang usaha untuk mengheret Malaysia ke dalam kancah hak asasi manusia yang bercanggah dengan ajaran Islam dan nilai budaya setempat," katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, delegasi MuslimUPro dijadualkan bertemu perwakilan yang terlibat dalam proses UPR esok.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131023/dn_09/Comango-tak-hormati-Islam#ixzz2iXVlbDkI
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Terima kasih atas maklumat yg sgt berguna.
Jika perkara ini dipandang remeh spt yg berlaku kpd kes pulau batu putih.
Dahle makin terhimpit.bila rizab tanah bumiputra dah makin mengecut percenya.
Dan jika dibuka pula seluasnya pintu kebebasan.
Horeyyy..(alang alang nak lingkup...biar pelingkup sampai tak boleh repair)
 
Terima kasih atas maklumat yg sgt berguna.
Jika perkara ini dipandang remeh spt yg berlaku kpd kes pulau batu putih.
Dahle makin terhimpit.bila rizab tanah bumiputra dah makin mengecut percenya.
Dan jika dibuka pula seluasnya pintu kebebasan.
Horeyyy..(alang alang nak lingkup...biar pelingkup sampai tak boleh repair)

Horeyyy~
Horeyyy~
Horeyyy~
mari kita sama2~ (lagu sudirman..)
 
Horeyyy~
Horeyyy~
Horeyyy~
mari kita sama2~ (lagu sudirman..)

Aku hanya serangga.....dihutan belantara.....(lagu xtau...)
sapa la nak dengar suara kawe...
dah la timun..kanan kiri atas bawah kena pelekoh...

off topic
kawe ada bini 1 anak2,kerjaya berniaga
Kawe dok penah p lg berurusan dgn passport ni.
Rumit dak urusan dokumentasi nak berhijrah 1keluarga?(luar negara)
Bab berniaga xsusah.boleh letak jawatan dan juai saham.
Rasanya dah xde apa yg kawe nak perjuangkan di malaysia ni..
 
Back
Top
Log in Register