advanzato
Active+ Member
- Messages
- 3,298
- Joined
- Apr 28, 2008
- Messages
- 3,298
- Reaction score
- 13
- Points
- 25
Salam semua. Terdetik kat hati aku nih nak bertanya sbb tadi aku gi jemaah Zohor kat Masjid Jamek KL tu. Tak tau ler kalau ada CGrian kat sini pun ada gi sana tadi. Masa aku tengah nak semayang sunat sementara nak menunggu azan Zohor, aku nampak kelibat 3 org gadis sedang berjalan menuju ke bilik jemaah pompuan. Yg menjadi isu kat sini, ketiga2 nyer mmg menutup aurat iaitu siap bertudung tapi bertudung stail moden, pastu baju T ketat ngan seluar jean ketat gila. Aku pun 'terkesima' kejap melihat keindahan ciptaan tuhan nih. So yg menjadi persoalannya, kat pintu masuk tadi aku tengok ada papan tanda mengatakan kalau nak masuk masjid nie kena tutup aurat. Kena pakai tudung bagi yg pompuan. Tak dibenarkan pakai skirt atau seluar pendek. Yg tu aku amat bersetuju sbb bab aurat kan.. Tapi bagi kes nih, aku nengok memang diorang tutup aurat pun tapi cam 'telanjang' ler pulak. Sbb apa aku cakap gitu, sbb aku perhatikan ada diantara jemaah yg sedang berwirid siap menoleh pada diorang. Tak tau ler 'terkesima' jugak ke...Pada aku mmg seksi jugak ler..Aku paham diorang nak menjalankan tuntutan ibadah menghadap yg Esa cuma entahlah...cuma yg aku tau lepas diorang ada dlm bilik sembahyang wanita aje baru diorang sarungkan telekung.
Katalah aku yg jadi jaga kat masjid tu, pastu aku tahan diorang tak bagi masuk masjid oleh kerana 'keseksian' diorang, boleh ke? Pastu kalau diorang saman aku sbb menghalang diorang masuk masjid untuk beribadah sedangkan diorang 'menutup aurat', apa yg aku perlu kata utk menyangkal dakwaan tu. Saja je nak mintak korang pikir2kan..Bukan apa, kalau pemandangan camnie aku tengok kat shopping complex aku tak kisah sgt tapi kat dlm masjid nih... Nak ditelan mati emak, nak diluah mati bapak...