BTC USD 62,662.0 Gold USD 4,292.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menteri lemas kereta terhumban ke parit

irsaffy

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,961
Joined
May 13, 2007
Messages
42,961
Reaction score
268
Points
131
Menteri lemas kereta terhumban ke parit
23/07/2008 6:51pm

KUANTAN 23 Julai — Seorang warga emas meninggal dunia dipercayai lemas apabila kereta yang dinaikinya bersama lima yang lain terhumban ke dalam parit di Km 30 Jalan Lakom-Mempaga, dekat Lanchang, Temerloh, semalam.

Ketika kejadian pada 2.30 petang, Menteri Mai, 71, bersama lima yang lain sedang dalam perjalanan dari Mempaga ke Lanchang, kata Pegawai Penguatkuasa/Tadbir Trafik Negeri Pahang ASP Zainalabidin Othman.

“Ketika sampai di kawasan yang menuruni bukit dan berselekoh tajam kereta berkenaan terbabas dan terbalik ke dalam sebuah parit berair sedalam dua meter,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zainalabidin berkata Menteri yang duduk di bahagian depan penumpang tidak dapat keluar dari kenderaan berkenaan manakala lima yang lain sempat menyelamatkan diri.

Tiga lagi kemalangan melibatkan kematian dilaporkan di Pahang semalam.

Di Pekan, pemandu kenderaan pacuan empat roda, Mohd Wazir Anuar Abdul Majid, 22, dari Seri Damai, Kuantan, terbunuh selepas kenderaan itu terbalik di Km 20 Jalan Pekan-Nenasi pada 2.30 petang manakala di Kuantan, seorang lelaki, Yong Min Chun, 22, terbunuh selepas kereta yang dipandunya melanggar penghadang jalan di Km204.2 Lebuh Raya Pantai Timur dekat Semuji di sini manakala di Jerantut pula, penunggang motosikal Mohd Rashidi Awang, 62, terbunuh dalam nahas melibatkan sebuah lagi motosikal di Km37 Jalan Jerantut-Lepar Utara pada 6.30 petang.

Kesian...aku mati2 igt menteri mana tadi...kena scam ngan utusan..adesss ~X( ~X(
 
Mmmm...ini mcm punya berita pun ada ka?? :-?
 
hampeh btoi laa....
anyway, nice job for reporter....
 
mcm... isy... xleh lak nk mencarut... eiyyyy....
 
siot pnya tajuk... baru nk bersorak kalu ada menteri yg jahat lemas terhumban :)) :)) :)) :p
 
Back
Top
Log in Register