BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menteri Besar jadi hero

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Kuala Terengganu: Meskipun sibuk berkejar ke beberapa lokasi bagi menghadiri program bersama rakyat yang disusun di sekitar Kijal, semalam, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said masih sempat membantu mangsa kemalangan di Seri Bandi, Kemaman.

Beliau yang kebetulan melalui kawasan itu untuk menghadiri program penyampaian bantuan Dana Bakti Remaja di Dewan Sivik Kijal, Kemaman jam 3.45 petang meminta pemandunya memberhentikan kenderaan sebaik ternampak kemalangan membabitkan dua buah kenderaan.


Kemalangan itu membabitkan kereta Proton Perdana dengan Perodua Viva dan kedua-dua mangsa cedera.



Seorang daripada mangsa kemalangan itu turut tersepit dalam kereta.


Setiausaha Akhbar Menteri Besar Rosli Zakaria berkata, Ahmad yang berhenti di tempat kejadian kemudian cuba menyelamatkan mangsa termasuk membantu mengeluarkan mangsa tersepit di dalam kereta.


“Tetapi, mangsa itu tidak dapat dikeluarkan kerana keadaannya tersepit dan parah. Namun, beliau memberi kata semangat kepada mangsa yang menahan kesakitan.

“Kenderaan milik beliau juga digunakan untuk menghantar mangsa ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan,” katanya.




sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MenteriBesarjadihero/Article/index_html
 
ulangan astreruk thinggerei ni... dei uttapon kadiwalel
 
Yg nie versi Official News. ok boleh diterima
 
Oficial News..hehe...
kira xastrok la.. Tbaik MB...:D
 
Back
Top
Log in Register