underscore
Legendary Member

- Messages
- 19,745
- Joined
- Sep 20, 2008
- Messages
- 19,745
- Reaction score
- 5,497
- Points
- 486
Mungkin ada yang bersikap biadap kerana tidak tahan marah kepada satu pihak lagi kerana pihak itu telah membuat kesalahan. Tetapi kita perlu ingat, Islam ada batas-batasnya. Kita tidak layak menghukum seseorang melainkan penguatkuasa undang-undang. Kita hanya berhak menegur dan menghalangnya dari berbuat kesalahan, tetapi bukan sampai kepada boleh mengutuk, mencaci dan memaki hamunnya! Itu sudah betul-betul bercanggah dan bukan ajaran Islam. Oleh itu saya amat berpesan kepada diri saya dan sesiapa sahaja, agar menjaga batas-batas percakapan dan ayat dalam berkata2 sama ada melalui lidah kita ataupun melalui penulisan lebih-lebih lagi di internet. Kerana tersilap keduanya itu boleh mengundang kepada lebih banyak keburukan semata.
Dan suka juga untuk saya peringatkan di sini, berhati-hati apabila membaca komen. Kerana bukan semua komen itu ikhlas dan betul-betul dari pihak yang berkata-kata itu. Ada juga mereka yang menyamar, kononnya mereka adalah pihak yang satu ini (pihak A sebagai contoh) dan membantai pihak yang satu lagi. (pihak B) Tujuannya hanyalah untuk menunjukkan kepada pihak B tentang keburukan perangai pihak A. Sedangkan pihak A tidak ada pun yang berkata-kata sebegitu. Maka pesan saya, hati-hatilah dan jangan mudah membuat kesimpulan atau menuduh.
Juga apabila salah seorang dari pihak A itu betul-betul sudah melakukan perkara biadab, maka jangan lah kerana segelintir orang dari pihak A telah membuat kesalahan, maka dihukumi kepada seluruhnya. Itu merupakan satu tindakan yang tidak professional. Penghakiman berdasarkan kepada segelintir manusia yang buat silap dengan menghukumi semua adalah tindakan yang tidak bijak. Alasan-asalan sebegini biasanya dibuat oleh mereka yang tidak mempunyai hujjah yang kuat ataupun mengambil jalan mudah dengan melepaskan kemarahan. Maka tidak perlu lah dipertikaikan tentang perkara ini.
Dan satu lagi saya ingin pesankan di sini, sesuatu tuduhan yang masih tidak pasti dan tidak mempunyai bukti janganlah kita bersekongkol dalam memperbesarkannya. Kerana dibimbangi jatuh ke dalam membuat FITNAH. Selagi mahkamah belum membuat keputusan, selagi itulah kita jangan menuduh tidak tentu hala. Keputusan mahkamah pun tidak semestinya betul lagi, apa lagi jika keputusan masih belum dibuat. Maka jangan lah kita gadaikan diri kita dengan berkecimpung dalam kerja membuat fitnah. Semoga Allah menjaga kita dan menjauhkan kita dari terlibat dengan perbuatan yang keji ini, amiin.
kebanyakan yg buat benda keji camnie org yg aktif politik,
aku malas nak masuk campur