BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menjaga Hati

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
Menjaga Hati

قال الإمام الشافعي - رحمه الله

إذا خفت على عملك العُجب ، فاذكر رضى من تطلب ، وفي أي نعيم ترغب ، ومن أي عقاب ترهب ، فمن فكر في ذلك صغر عنده عمله .

- سير أعلام النبلاء ( ٤٢/١٠ ) -

Imam As-Syafi’i rahimahullah berkata:

“Jika kamu merasa khawatir terhadap sikap ‘ujub (perasaan bangga diri) atas amal perbuatanmu, maka ingatlah keredhaan siapa yang menjadi tujuan amalmu? Di alam kenikmatan siapakah engkau hendak berlabuh? Dan dari siksaan siapakah engkau berupaya menghindarkan dirimu (darinya)?
Barangsiapa merenungkan hal-hal tersebut, nescaya ia akan menganggap sedikit dan remeh amal ibadahnya."

-Kitab Siyar A’laam An-Nubala’ (10/42)-

 
1000496326.jpg


Jagalah Hati, Kunci Keseluruhan Jasad

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya; jika ia buruk, maka buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.”

Hati adalah pusat segala perbuatan kita. Jika hati kita dipenuhi dengan kebaikan, maka perbuatan dan kehidupan kita juga akan berlandaskan kebaikan. Tetapi, jika hati kita dicemari keburukan, segalanya akan turut terkesan.

Mari kita sama-sama muhasabah diri dan menjaga hati kita daripada hasad, dengki, dan segala sifat negatif.

Mulakan hari ini dengan membersihkan hati, dan lihat bagaimana kehidupan anda berubah menjadi lebih baik.

#pelantransformasialfalah #JagalahHati #HadisNabi #KebaikanHati #MuhasabahDiri #RasulullahSAW #HatiYangBersih #JAKIM #MalaysiaMadani
 
Menjaga Hati, Menjaga Iman

Dalam sebuah hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda:

“Ketahuilah bahawa dalam tubuh manusia ada seketul daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh tubuh; dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Hati adalah pusat segala keputusan dan niat. Jika hati kita dipenuhi dengan keikhlasan, kejujuran, dan rasa takut kepada Allah, maka semua tindakan kita akan mencerminkan kebaikan itu. Sebaliknya, jika hati dikuasai oleh hasad, dendam, dan cinta dunia yang berlebihan, maka mudah untuk kita terjerumus ke dalam dosa dan kelalaian.

Amalan yang Membantu Menjaga Hati:

1. Zikir dan Istighfar – Menyucikan hati dengan mengingati Allah.
2. Muraqabah (merasa diawasi Allah) – Menanam rasa taqwa dalam hati.
3. Membaca al-Quran – Sebagai penawar bagi hati yang keras.
4. Bergaul dengan orang soleh – Lingkungan yang baik mempengaruhi hati.
5. Menjaga lidah dan pandangan – Kerana ia pintu masuk kepada penyakit hati.

Hari ini, mari kita muhasabah:
Bagaimana keadaan hati kita? Apakah ia semakin dekat kepada Allah, atau sedang dilalaikan oleh dunia?


“Ya Allah, bersihkanlah hati kami daripada sifat-sifat yang tercela, tanamkanlah dalam hati kami cahaya iman, dan tetapkanlah kami di atas jalan-Mu yang lurus.”


 
1000685991.jpg


❇️ 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 ❇️

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya hati menjadi berkarat sebagaimana besi menjadi berkarat kerana air."
Lalu sahabat bertanya,
"Apakah penyucinya, wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab:
"Membaca al-Quran dan mengingati mati."
— Hadis Riwayat Ibn Majah – hasan

Pernah rasa hati makin jauh dari Allah?
Rasa kosong, gelisah, tiada arah?

Itulah tanda hati kita sedang berkarat.
Dan seperti besi, hati juga perlu disental — bukan dengan sabun, tapi dengan al-Quran dan ingat mati.

📖 Bila kali terakhir kita buka mushaf dan baca ayat-ayat Allah?
🪦 Bila kali terakhir kita renung betapa dekatnya kematian?

Dua perkara ini bukan untuk menakutkan kita.
Tapi untuk lembutkan hati, hidupkan jiwa, dan kembalikan kita kepada Tuhan.

Hari ini, luangkan sekejap membaca ayat Allah. Fikir sejenak tentang akhir kehidupan. Itulah permulaan untuk bersihkan hati.

#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
#UmmahFadhilah
 
1000700138.jpg


🌿 ❇️ KALAM HIKMAH ❇️ 🌿

Hati kita ibarat raja,
dan amal itu adalah tentaranya.
Kalau rajanya baik, tenteranya pun akan baik.

📖 Sabda Nabi ﷺ:
"Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya."
(HR. Bukhari & Muslim)

💡 Jaga niat, luruskan hati,
maka amal pun akan indah di sisi Allah.

#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#KalamHikmah
 
Back
Top
Log in Register