hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,277
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 26,277
- Reaction score
- 1,665
- Points
- 201
'Menangis lihat adik ditahan'
Seorang wanita tidak dapat menahan kesedihan memeluk adiknya yang ditahan dalam Operasi Sarang Dadah di sini.
KLANG - Seorang wanita hanya mampu menangis melihat adiknya ditahan polis dalam Operasi Sarang Dadah di kawasan Kampung Nelayan, Telok Gong di sini pada Ahad.
Wanita berusia lingkungan 50-an itu datang ke lokasi serbuan di kawasan kebun pisang itu selepas mendapat tahu adiknya ditahan dalam serbuan berkenaan.
Dia dilihat memeluk sambil menangis sebelum adiknya yang bergari menaiki kenderaan polis untuk dibawa ke balai polis.
Dalam operasi bersepadu yang dijalankan Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Klang itu, seorang nenek antara 52 individu dipercayai penagih dadah tegar ditahan.
Wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam penagihan dadah sejak berumur 18 tahun.
Nenek empat cucu itu juga mengakui tersilap langkah akibat terpengaruh dengan suami yang juga penagih mahu meninggalkan tabiat buruk itu namun gagal