BTC USD 84,350.2 Gold USD 4,272.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Memperingati Tragedi Memali

teringat cerita mak aku pasal peristiwa memali ni, masa tu aku kecik lagi masih bayi, mak aku pergi melawat kubur para syuhadah bersama kakak mak aku (mak ngah) dan beberapa orang kampung pergi dgn rombongan bas. mak aku cerita masa kt kubur para syuhadah tu ada bau wangi semerbak sgt macam bau minyak kasturi menusuk kt hidung mak aku dan org kampung yg dtg melawat kubur. abang aku pun bau jugak (masa tu abg aku kecik lg dlm 6 tahun kot) tp mak ngah aku ni x hidu bau wangi pun pada mulanya, dia ckp mak aku dan org kampung saja buat cerita. utk pengetahuan korang mak ngah aku ni dulu orang kuat umno dlm kg. aku ada jwtn penting. tp masa nk balik dr kubur tiba2 dgn kuasa Allah s.w.t mak ngah aku ni boleh menghidu bauan wangi yg semerbak kt kubur para syuhadah. mak ngah aku terus menitiskan air mata, rasa sebak dan insaf. sejak dari hari tu mak ngah aku keluar dh parti umno dan masuk pas untuk memperjuangkan islam. syukur pada Allah s.w.t yg telah membukakan pintu hati mak ngah aku.
 
memang zalim...ketika itu kalau x silap ketua polis negara tun haniff omar..sekarang ni dia chairman genting resort kalau x salah...



:)cgrock:)cgrock:)cgrock

mmg kena sangat kombinasi kerja dia dulu dan sekarang :)paid:)paid:)paid:)paid
 

Akhirnya UMNO mengaku pembunuhan umat Islam di Memali adalah angkara mereka


Di dalam pertembungan antara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan Perdana Menteri, Dato Sri Abdullah Ahmad, banyak perkara-perkara yang dahulunya menjadi rahsia di dalam UMNO (Baru) kini telah pecah.

Isu-isu seperti penjualan pasir kepada Singapura, pembahagian kontrak dan kekayaan Negara kepada anak-anak dan saudara mara seperti adegan “Anak dia dapat lagi banyak dari anak saya” dan macam-macam lagi.

Abdullah yang di lihat lemah serta mempunyai IQ yang rendah untuk menjawap soalan secara spontan, sering kali memdedahkan kelemahannya dan UMNO (Baru) khususnya secara dia sedar atau tidak sedar.

Di dalam Forum Keamanan Dunia di Putra World Trade Center (PWTC) tidak lama dahulu. Tun Mahathir pernah menyamakan Abdullah Ahmad setaraf dengan dajal-dajal lain seperti Presiden Amerika Syarikat, George Bush dan Perdana Menteri Britain, Tony Blair.

Lalu, melentinglah pengampu-pengampu dan penjilat-penjilat Abdullah Badawi. Di dalam laman web Kelab Penykong Maya UNMO, terkeluarlah satu artikel yang bertajuk “Sekurang-kurangnya tangan Pak Lah tidak bermandi darah orang-orang Islam”.

memali.jpg


Antaranya berbunyi :

Bila diulang tayang peristiwa Mamali di Kedah pada tahun 1983, peristiwa hitam negara yang sepatutnya dapat diselesaikan tanpa perlu pertumpahan darah berlaku sewaktu Tun sebagai Perdana Menteri.

Tun saya rasakan bijak dalam merangka tipu muslihatnya dan sikap Tun pada masa itu yang menyerahkan tugas berat tersebut kepada Musa Hitam seolah-olah ‘Membaling Batu Sorokkan Tangan’.

Akibatnya berlaku pertumpahan darah sekumpulan umat Islam yang tidak sepatutnya.Tidak kira dari parti apa atau apa juga perjuangan mereka, masalah orang kampung ini tidak patut di tentang dengan kereta kebal mahu senjata api.

Peristiwa ini dapat dibersihkan dengan satu penipuan yang amat ketara sehingga rakyat tidak mempertikaikan dan dengan liciknya Tun menutup cerita orang-orang Melayu yang bermandian darah ditangan …siapa????????? . Tak perlu kita cerita dengan lebih lanjut kerana ianya akan merobek dan melukakan hati kita sendiri.

Persoalannya sekarang, siapa penipu? Sekurang-kurangnya tangan Pak Lah tidak bermandikan darah orang Islam. Sekurang-kurangnya Pak Lah tidak membunuh bangsa kita dengan senjata yang sepatutnya mempertrahankan Negara. Pak Lah tidak berlawan dengan orang yang menggunakan sabit dan parang dengan kereta-kereta kebal dan berpelatun askar dan polis hutan.

Begitulah terdesaknya orang-orang UMNO (Baru) akhir-akhir ini. Kerana ingin menyelamatkan boss, maka, boss lama harus dikutuk walaupun sebenarnya membuka keburukan UMNO (Baru) itu sendiri.

Jikalau UMNO (Baru) masih mengatakan Kemerdekaan Malaysia adalah hasil usaha mereka, tetapi adakah Peristiwa Memali yang membunuh ramai orang-orang Islam yang tidak bersalah adalah kerja Tun Mahathir seorang.

Ia adalah kerja orang-orang UMNO. Suka atau tidak, itu memang kerja-kerja durjana UMNO laknatullah ini.

Kalau UMNO (Baru) ada batu, kenapa Kes Memali ini tidak dibuka semula di mahkamah, sehinggakan terpaksa membuat fitnah tentang Tabung Memali yang diusahakan oleh PAS telah diseleweng. Jika benar ianya diseleweng, masukkan sekali kes ini ke mahkamah sekali.

Harus sedar, bahawa setiap ahli dan pengundi UMNO dan Barisan Nasional adalah terlibat dengan kes ini secara langsung atau tidak langsung.

http://dppwm.blogspot.com/2007/07/akhirnya-umno-mengaku-pembunuhan-umat.html

Al-Fatihah unutuk pejuang Islam
 
Al-fatihah, tak sangke sampai macma ni sekali yang pernah terjadi.. :(

serius, ni kali pertama aku baca.. :(

harap2 keadilan akan tiba.. :(
 
baru aku tau citer ni..pernah dengar tapi tak tau apa sebenarnyer..alhamdulillah..akhirnyer tau jugak kebenarannye..
 
payah nak ckp.....kang silap ckp kene penampo owg politik lak kang
 
yang ni sepatutnya masuk dalam buku SEJARAH MALAYSIA
 
Back
Top
Log in Register