BTC USD 84,677.0 Gold USD 4,285.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Memperingati Tragedi Memali

Yang pastinya pakcik satu sekolah dengan Ibrahim. Pakcik tahu cerita sebenar tapi disebabkan nak jaga martabat arwah usah diceritakan mengenai dia. Pakcik tahu perangai dia. Jangan cerita ikut sedap hati nak bela PAS atau UMNO. Tak baik
 
sedih aku dengan peristiwa ini..hitam punya pasal ni..
 
Presiden PAS rasmi Memperingati Memali esok

ALOR SETAR, 18 Nov 2010: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara tokoh yang akan mewarnai sambutan Majlis Memperingati 25 Tahun Memali.

Setiausaha Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mohd Rosli Azmi berkata, perasmian majlis tersebut akan disempurnakan Tuan Guru Abdul Hadi, esok, jam 9 malam. Turut menyampaikan ucapan ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi.

Manakala Anwar akan mengisi pentas pidato pada hari kedua program, 20 November bersama Timbalan Pesuruhjaya I dan Ketua Penerangan PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Pada malam terakhir, ceramah akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani dan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Pelbagai acara akan dilangsungkan sepanjang majlis tiga hari itu antaranya konvoi Pemuda, persembahan nasyid dan pentomen, tahlil perdana, acara Pasti, Klinik Smart Solat, Ijtimak Ulama dan Guru-guru Pondok serta Ijtimak Pelajar Memali.

Turut diadakan juga adalah pameran Memali dan Pendidikan Islam Kedah, kaunter pemeriksaan kesihatan dan perubatan percuma, kaunter daftar pemilih, kaunter keahlian PAS dan Sukarelawan Pemuda PAS Kedah serta gerai-gerai jualan.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir ke program tersebut yang akan dilangsungkan di Madrasah Islahiah Diniah dan perkarangan rumah As-syahid Ustaz Ibrahim Libya di Kampung Memali.
 
sebab tu la pada tahun 1993~ 8 tahun selepas "COMANDO MUSA HITAM" menerajui peristiwa memali ni anak dia pulak mampos masa Highlan Tower runtuh... Allah da bayar cash kat sini... 8 tahun jer bg nikmat dia utk tgk aset dia paling berharga (anak kandung / pewaris)
 
musa+hitam.jpg


si jahanam mastermind kes MEMALI ni... semoga hidupmu dilaknat ALLAH S.W.T seumur hidup amin... darah cuma layak digantikan dengan darah
 
Yang pastinya pakcik satu sekolah dengan Ibrahim. Pakcik tahu cerita sebenar tapi disebabkan nak jaga martabat arwah usah diceritakan mengenai dia. Pakcik tahu perangai dia. Jangan cerita ikut sedap hati nak bela PAS atau UMNO. Tak baik

Salam pakcik boleh jelaskn serba sikit yg mana 1 pihak yg BENAR supaya tdk ada fitnah
 
saya ada buku " perisai memali "
karangan C.N AL-AFGHANI.....

ada gambar lagi....

sedih jugak....


untuk makluman bro dan semua kawan-kawan, C.N AL-AFGHANI ada mengeluarkan buku terbaru lagi.

Tajuknya AIR MATA MEMALI...

Beliau yang pernah di tahan ISA selama 5 tahun 2 bulan kini terus istiqamah memperjuangkan Islam sehingga saat ini. :)
 
Back
Top
Log in Register