BTC USD 80,907.1 Gold USD 4,373.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Melatonin dan insomia

the_one

Active+ Member
Messages
3,944
Joined
Apr 2, 2009
Messages
3,944
Reaction score
209
Points
33
Cerita nya begini, dalam keluarga saya ada seorang ahli keluarga yang sudah berumur, 60++ , menghidap penyakit insomia. Tersentuh jugak tengok hari2, merengek, badan lesu, penat, lenguh2 habis badan, biasala orang berumur. Pesakit itu pantang dengar bomoh2, nak tak nak kena bawak jugak, ada yang sabit jin la, apa la, hamba ni x percaya sangat pasal2 ni.

baru2 ni ada terbaca pasal

MELATONIN.

elatonin adalah bahan kimia semulajadi yang terhasil di dalam otak kita. Apabila waktu malam paras melatonin mula meningkat. Ini membuatkan kita mengantuk dan mampu tidur nyenyak. Pada waktu siang pula paras melatonin merosot menyebabkan kita hilang rasa mengantuk. Kitaran melatonin penting bagi membolehkan tubuh kita kekal dapat mengimbangi antara aktiviti tidur dan jaga.

Melatonin merupakan bahan yang membolehkan kita lena. Kadar melatonin yang rendah menyebabkan seseorang mengambil masa panjang untuk tidur. Keadaan itu menyebabkan seseorang resah dan gelisah. Kadar melatonin yang tinggi dalam darah menimbulkan rasa tenang dan mudah lena.

Apabila kita ke luar negara yang berbeza waktu, (misalnya ke Eropah), paras melatonin akan cepat berubah sehingga akhirnya kita boleh mengubah dengan cepat tabiat tidur kita mengikut waktu.

Tidur boleh dibahagikan kepada dua fasa iaitu REM sleep (Rapid eye movement) dan NREM (Non rapid eye movement).

Semasa fasa REM anak mata bergerak dengan laju ke atas ke bawah. Ini adalah tidur yang nyenyak dan biasanya aktiviti otak sangat aktif sehingga membawa mimpi mimpi yang indah. Fasa NREM pula adalah tidur yang mendatar dan seseorang akan mudah terjaga. Cuba lihat seorang anak kecil atau bayi yang tidur. Dalam fasa REM dia mungkin bangun menangis namun tidur semula dengan nyenyak apabila didodoikan seolah-olah tiada mimpi buruk yang mengganggu. Apabila tidurnya memasuki fasa NREM, dia akan menangis jika didodoi sekali pun. Dalam keadaan itu adalah lebih baik bayi tersebut dibangunkan sahaja kerana dia sudah puas tidur.

Tekanan perasaan yang kuat dan juga stres mampu mengganggu paras melatonin dalam darah dan mengganggu tidur membuatkan seseorang menjadi insomnia. Pengambilan ubat seperti valium tidak boleh diamalkan kerana boleh menyebabkan ketagihan. Disebabkan faktor itu doktor lebih berminat memberikan kaunseling agar pesakit dapat mengurangkan pengambilan ubat-ubatan.


sambungan selebihnya boleh pergi ke

http://www.utusan.com.my/utusan/inf...ub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm


disini saya ingin bertanya, adakah pil@ krim melatonin ni berkesan, mungkin ada yang pernah mencuba, atau sedara mara ,kawan2, risiko nya, kesan jangka pendek, panjang, saya xnak ambil risiko hentam semborono, kang jadi benda lain pulak.

tq kepada warga carigold yang sudi berkongsi
 
wallahu'alam,,,,saya pernah baca buku,,,dulu2 la,,,

melatonin tu memang sentiasa dirembes dek otak,,,melatonin sentiasa berkumpul..sampai paras dimana kita akan mengantuk...

pengeluaran melatonin akan berkurang bila terdedah kepada cahaya,,,tidur yang elok adalah tidur didalam keadaan tanpa gangguan cahaya langsung,,,hitma pekat...

tapi bila ambil pil,,,saya memang xtahu kesannya ok ke x,,,

sama gak kes,,,dulu2 saintis ada buat kajian,,terhadap tikus yang amat gemuk,,,bila dikaji..rupanya tikus tu x ada keluarkan hormon leptin(yang mengesan sel lemak dalam badan)...lepas kajian tu..banyak syarikat2 mengeluarkan pil leptin,,,sebagai ubat ajaib untuk menguruskan badan,,

tapi malangnya hanya berkesan kepada makhluk yang tidak mengeluarkan hormon leprin(kecacatan genetik),,,,manusia gemuk adalah kerana leptin resistance atau insulin resistance,,,masih mengeluarkan leptin..tapi berlaku kecelaruan terhadap pengeluaran hormon,,,bukannya tidak mengeluarkan hormon leptin langsung,,,

jadi ubat2 tu x berkesan kepada manusia biasa,,,
 
tido tu adalah nikmat. bersyukurla bagi siapa yg tiada penyakit insomnia
 
Jgn bergantung sangat pada pill drug.Short term bolehla.Kalau long term boleh rosak buah pinggang.Mari cuba cara perubatan yg holistik.Pusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre Cal 0196676236
 
ade ke cara nk tingkatkn melatonin..??
 
ada sesetengah makanan sememangnya mengandungi melatonin atau secara semula jadinya meningkatkan perembesan melatonin oleh badan
 
pill melatonin ade jual...utk org g gym...tp dikuatiri otak akan malas nk kluarkn melatonin secara semulajadi n depend pd pill sahaja...bahaya gak
 
kdg2 sebab imsomia ni bukan sebab melatonin saja..tapi banyak dari sebab lain...
 
Back
Top
Log in Register