combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Melaka Perkenal Inisiatif Baharu, Peruntuk RM1 Juta Perkasa Usahawan Tekno TVET
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusof (kanan) menerima Resolusi TVET daripada Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidirah Abu Zahar (kiri) pada majlis perasmian Karnival TVET Negeri Melaka 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kerajaan Negeri Melaka akan memperkenalkan Program Mula Melaka dengan peruntukan RM1 juta, bagi memperkasakan usahawan tekno dalam kalangan alumni Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), bermula hujung Ogos ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata Dana Pembangunan Tekno-usahawan TVET itu, disediakan sebagai geran permulaan bagi membantu usahawan memperoleh peralatan, memperkukuh pemasaran serta melengkapkan keperluan pensijilan dan pelesenan perniagaan.
“Program Mula Melaka, diwujudkan bagi membantu usahawan memulakan atau mengembangkan perusahaan berasaskan tujuh kluster utama dalam bidang kemahiran, teknologi dan inovasi.
“Usaha ini juga bagi melahirkan lebih ramai usahawan berasaskan teknologi dalam kalangan lepasan TVET, sekali gus memperkukuh ekosistem keusahawanan dan memenuhi keperluan industri negeri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival TVET Negeri Melaka 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Azhar Arshad dan Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidirah Abu Zahar.
Ab Rauf berkata selain itu, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM800,000 menerusi Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di bawah gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa), bagi menyediakan bantuan peralatan kepada 56 bengkel motosikal usahawan muda di seluruh negeri.
“Bantuan itu dijangka meningkatkan produktiviti perusahaan, mengembangkan perniagaan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak tempatan,” katanya.
Dalam pada itu Ab Rauf berkata Melaka kini mempunyai 61 institusi TVET dan universiti yang disokong 408 rakan industri daripada 18 sektor utama, sekali gus memperkukuh penyediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri.
Beliau berkata hasil kerjasama itu, kadar kebolehpasaran graduan TVET dan universiti di negeri itu kekal antara yang tertinggi di negara, iaitu sekitar 95 hingga 98.8 peratus dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.