asuadi
Active Member
- Messages
- 1,974
- Joined
- Jan 7, 2013
- Messages
- 1,974
- Reaction score
- 217
- Points
- 38
Sejak MegaUpload disekat akses pada tahun lepas, ramai menantikan pelancaran semula perkhidmatan tersebut. Dan kini, dengan perkhidmatan gantinya, Mega.co.nz yang bakal dilancarkan dalam beberapa hari lagi, beberapa info baru berkaitan dengannya dikongsikan Kim Dotcom.
Daripada Tweet terkini, Kim Dotcom mengatakan setiap pengguna akan disediakan dengan ruangan percuma sebanyak 50GB, membolehkan mereka menyimpan pelbagai jenis fail padanya.bagi pakej storage premium,harga ditawarkan ada $13.31 bagi 500GB,$26.63 bagi 2TB dan $39.95 bagi 4TB.
Sekiranya ia didatangkan dengan sokongan sync seperti Dropbox dan sebagainya, mungkin ia akan menerima permintaan yang tinggi. Tetapi, semestinya dengan nama Mega sendiri, Kim Dotcom akan dapat menarik ramai pengguna untuk menggunakannya.
http://kim.com akan dilancarkan secara rasminya pada esok,iaitu 20hb Januari, dimana pelbagai perkara berkaitan dengan perkhidmatan tersebut bakal dikongsikan pada tarikh tersebut. Sama-sama kita nantikannya.