BTC USD 32,924.6 Gold USD 1,781.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Panggilan Telefon Percuma Mulai 10 Malam Ini Hingga 10 Pagi Esok

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,629
Reaction score
3,998
Points
236
12.05.2021 - Kuala Lumpur, Syarikat telekomunikasi tempatan akan menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai 10 malam ini hingga 10 pagi esok iaitu pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata kemudahan yang digerakkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) itu dapat dinikmati semua pelanggan perkhidmatan syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, REDtone, TM Unifi, TIME dotCom, Tune Talk, U Mobile, Yoodo dan YES.

"Setiap penyedia perkhidmatan akan memberikan tawaran panggilan percuma ini tertakluk kepada terma dan syarat masing-masing. Para pelanggan dinasihati untuk menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing bagi sebarang pertanyaan tentang tawaran perkhidmatan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kemudahan itu diharapkan dapat membantu rakyat Malaysia untuk saling berhubung dan mengeratkan silaturahim dengan keluarga tersayang serta rakan taulan walaupun aktiviti ziarah dan kunjung-mengunjung tidak dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa mulai hari ini hingga 7 Jun depan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Saifuddin dalam pada itu turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada syarikat telekomunikasi dan rakyat Malaysia yang memberikan kerjasama dalam pematuhan PKP kali ini demi mengekang jangkitan Covid-19.

"Sama-sama kita berdoa agar lekuk pandemik ini dapat dilandaikan dengan pengorbanan dan usaha semua pihak. InsyaAllah kita semua akan dapat meneruskan kehidupan dan kelangsungan hidup, untuk masa depan yang lebih baik," katanya.

ed110b29d69b794e1022c538d7aaa207.jpg

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/574410
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,049
Reaction score
12,944
Points
2,376
FB_IMG_1620825861322.jpg

AIDILFITRI | Syarikat telekomunikasi tempatan akan menyediakan panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai 10 malam ini hingga 10 pagi esok iaitu pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri - Datuk Saifuddin Abdullah
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
300,049
Reaction score
12,944
Points
2,376
TELEKOMUNIKASI | Panggilan Percuma Ke Semua Rangkaian Mulai 10 Malam Ini

Menjelang 1 Syawal, rakyat Malaysia bakal menikmati panggilan percuma ke semua rangkaian dalam negara mulai 10 malam ini hingga 10 pagi esok.

Inisiatif ini dilaksanakan dalam usaha membantu rakyat untuk saling berhubung dengan keluarga serta rakan taulan walaupun aktiviti ziarah dan kunjung-mengunjung tidak dibenarkan di bawah PKP.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register