BTC USD 86,621.7 Gold USD 4,359.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Media bukan punca gejala sosial?

demuara

Fun Poster
Messages
356
Joined
May 31, 2009
Messages
356
Reaction score
35
Points
20
Kajian UPM dedahkan faktor keluarga, pengaruh rakan penyumbang utama

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati masalah sosial yang dihadapi masyarakat ketika ini bukan berpunca daripada pengaruh media massa sebaliknya faktor keluarga, pengaruh rakan sebaya dan hiburan luar.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berkata pendedahan itu dibuat selepas satu kajian berhubung pengaruh media massa dan kesan terhadap nilai keagamaan dibuat oleh Jabatan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM, diketuai oleh Dr Hamisah Hassan.

Sumber: Berita Harian, 23/10/2009
 
Kajian UPM dedahkan faktor keluarga, pengaruh rakan penyumbang utama

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati masalah sosial yang dihadapi masyarakat ketika ini bukan berpunca daripada pengaruh media massa sebaliknya faktor keluarga, pengaruh rakan sebaya dan hiburan luar.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berkata pendedahan itu dibuat selepas satu kajian berhubung pengaruh media massa dan kesan terhadap nilai keagamaan dibuat oleh Jabatan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM, diketuai oleh Dr Hamisah Hassan.

Sumber: Berita Harian, 23/10/2009


Muahahahaha..datuk ni jenis tak suka membaca kut..tu ler islam kate, "Iqra"..PERNAH DENGAR TAK "MATA PENA LEBIH TAJAM DARI MATA PEDANG"..BERLAMBAK LAMBAK BAHAN BACAAN LUCAH DALAM BAHASA MALAYSIA..BERLAMBAK LEDAKKAN MEDIA MASSA SKG YG BUKAN BERILMIAH..Bon ggok ke nyan yuk datuk nie..:(scam
 
Last edited:
pokok pangkal nye diri sndiri..

kalo da taw bnde tu xbtol..p ikot gk watpe..
 
hahaha...pensyarah di fakulti tu sndiri blh tgk gelagat2 student2 di fakulti tu..masa aku di upm dulu klu nak lauk2 pompuan best pi ejas budak2 fakulti tu la..mudah je..ajak keluar terus dapat klu pndai ayat :))
 
bukan berpunca daripada media?...kalau dikira memang pengaruh keluarga main peranan utama seperti suasana sesebuah keluarga tersebut. Bagaimana didikan ibu bapa terhadap anak2. didikan agama setinggi mana diberikan atau sibuk dengan urusan kerja sahaja.mungkin itu maksud dia...tapi pengaruh rakan sebaya memang power...:D
 
apa apa pun semua atas diri sendiri...
 
Media bukan punca gejala sosial?

Sudah kerap sekali kita dihadapkan dengan persoalan mengenai punca gejala sosial.

Apa yang kita perhatikan, skema jawapannya tetap sama.

Yang sering menjadi 'scapegoat' adalah keluarga, pengaruh rakan sebaya dan hiburan luar.

Bagi yang berfikir dan mampu menggunakan akal dengan mendalam dan menyeluruh, pasti akan terdetik di dalam benak mereka bahawa 'scapegoat' yang kerap diutarakan sebagai jawapan kepada persoalan ini bukanlah jawapan yang sebenarnya.

Pasti juga akan terdetik di dalam pemikiran mereka bahawa permasalahan ini amat rapat terkait dengan penerapan hukum syari’at Islam yang tidak dipedulikan oleh negara saat ini.

Kemungkaran ini pada hakikatnya menjadi sandaran kepada segala permasalahan umat hari ini.

Rasulullah SAW telah melatih umatnya untuk membangunkan pemikiran politik(fikrus-siyasi) berdasarkan hadis yang disabdakan baginda dengan jelas:

“ Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan dia akan disoal akan apa yang ia pimpin, imam(pemimpin Negara) itu adalah pemimpin, dan dia akan disoal akan (keadaan) rakyat yang dipimpinnya.” (Hadis Riwayat Muslim).

Di manakah letaknya hadis ini dalam membincangkan pelbagai masalah kita?

Sepatutnya para ulama’ yang menjadi ikutan rakyat memberikan jawapan yang benar dalam permasalahan yang dihadapi, bukan sebaliknya memberikan jawapan yang dusta di bawah telunjuk pemerintah yang memaksiati Allah.

Para ulama’ yang mengampu pemerintah ini sewajibnya bertaubat segera kepada Allah dan mengeluarkan diri mereka dari kepompong ulama’ su’ agar mereka dapat kembali memikul tugas dakwah yang mulia sebagaimana yang diwajibkan oleh Allah SWT kepada setiap muslim.

Sedarlah, hanya dengan kembali kepada Islamlah seluruh masalah umat akan dapat diselesaikan dengan tuntas.

Apabila umat Islam sedar akan kewajipannya untuk bergabung dalam usaha dakwah menegakkan kembali Negara(Daulah) Islam, maka pada ketika itulah, kebangkitan sebenar akan mula terserlah.

Dan hanya dengan Negara inilah kemuliaan, kesejahteraan dan keadilan akan benar-benar dapat dikecapi.
 
agak slh kenyataan nih..
same2 salah..
ikot otak org tuh gk..
kalo da nk wut jaat, x tgk tv ataw kwn x ajak pon ttp gk bwut jaat..
 
Back
Top
Log in Register