BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCMC Siasat Kandungan Hina Islam Di Facebook

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

MCMC Siasat Kandungan Hina Islam Di Facebook​

34f0dba5f5b28e8fc28e0e7f6f2599056623a5e85065e


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan sedang menjalankan siasatan menyeluruh terhadap aduan diterimanya berhubung kandungan berunsur 3R (agama, institusi raja, kaum) yang didakwa menghina Islam dimuat naik di platform media sosial Facebook.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan platform komunikasi yang melanggar undang-undang.

Menurut kenyataan itu, MCMC turut bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bersedia memberikan bantuan teknikal serta kepakaran digital bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan, sekiranya diperlukan.

MCMC memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Penyebaran kandungan sedemikian dipandang serius kerana berpotensi mencetuskan kebencian, menjejaskan perpaduan masyarakat serta menggugat keharmonian antara kaum di negara ini,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu juga mengingatkan orang ramai supaya menggunakan platform media sosial secara beretika, berhemah dan bertanggungjawab serta tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan bersifat jelik melampau, penghinaan atau hasutan, khususnya yang melibatkan agama.

 
14279837379141741-413648.jpg

14279837379141741-413649.jpg

14279837379141741-413650.jpg


Lelaki Direman Empat Hari, Disyaki Muat Naik Hantaran Menghina Islam di Facebook

JOHOR BAHRU, 25 Julai – Polis Johor menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun selepas disyaki terlibat memuat naik hantaran di Facebook yang mengandungi unsur hasutan serta menghina agama Islam.




Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Polis turut merampas dua buah telefon bimbit bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 298 Kanun Keseksaan.


Polis Johor turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyentuh atau membangkitkan isu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) yang boleh menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah diminta menyalurkannya kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Hotline Polis Johor di 019-2792095 atau Bilik Gerakan IPK Johor di 07-2212999.

1785120067863.png
 
Back
Top
Log in Register