BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MCMC Siasat Hantaran Palsu Guna Logo Buletin TV3

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80
9d9316c1f97108f5d0e33922949117dd69534e88a42fc

Kredit: Fb Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka satu kertas siasatan berhubung penularan hantaran palsu di media sosial yang menggunakan logo dan identiti visual Buletin TV3 bagi menyebarkan maklumat tidak benar kononnya Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, mengeluarkan kenyataan mengenai penutupan TikTok Malaysia.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan awal mendapati kandungan berkenaan telah diubah suai dan disahkan sebagai palsu, selain menegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak pernah dikeluarkan oleh Menteri Komunikasi.

Menurut kenyataan itu, Media Prima Bhd turut membuat laporan polis dan menafikan bahawa hantaran berkenaan diterbitkan oleh Buletin TV3 atau mana-mana platform berita di bawah rangkaian syarikat itu.

MCMC menegaskan bahawa penggunaan logo, nama serta identiti visual Buletin TV3 berkenaan merupakan satu bentuk penyalahgunaan yang boleh mengelirukan orang ramai.

“Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Seorang individu yang disyaki terlibat telah dipanggil untuk membantu siasatan dan keterangannya dirakam oleh MCMC di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, Perak,” menurut MCMC.

MCMC turut menyita satu unit telefon bimbit dan satu kad SIM bagi tujuan analisis forensik digital.

Selain itu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum memuat naik, berkongsi atau mengulas di media sosial kerana penyebaran kandungan palsu serta penyalahgunaan identiti boleh membawa kepada tindakan undang-undang.

 
patut le hari tu search pasal ni x jumpa lak sumber asal..
 
Back
Top
Log in Register