BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mazda3 1.5 tonjol keunggulan sedan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
mzdaaa_1578291550.jpg


Foto Hasan

Walaupun sedan kini tidaklah sehebat kebangkitan yang dikecapi kenderaan utiliti sukan (SUV), namun ia memiliki pengikut sendiri yang mementingkan sedikit ruang selain reka bentuk yang kekal menjadi pertimbangan.

Antara contoh terbaik sebuah sedan yang unik dan bergaya adalah Mazda3 yang dilancarkan tahun lalu, model generasi ketiga yang menawarkan reka bentuk, gaya dan kejuruteraan yang terbaik dari pengeluar dari Jepun.

Baru-baru ini, penulis berpeluang memandu uji Mazda3 1.5 untuk menikmati pengalaman lebih dekat dengan model yang menarik perhatian pelbagai pihak ini.

Sebelum menyentuh mengenai kuasanya, penulis sebenarnya lebih terpikat dengan gaya yang ditampilkan model ini.

Masih mengekalkan bahasa reka bentuk Kodo, Mazda3 kini tampil dengan lampu utama yang lebih langsing serta gril yang lebih lebar.


Sedan premium


Ia menampakkan Mazda3 1.5 lebih sporty dengan dimensi ini turut ditambah dengan panjang 4,662 milimeter (mm), lebar 1,797mm, dan tinggi 1,445mm, manakala jarak roda dipanjangkan 25mm kepada 2,725mm.

Dari aspek rangkaian kuasa pula, Mazda3 1.5 didatangkan dengan enjin SKYACTIV-G 1.5L DOHC 16-Injap 4-Silinder dengan VVT.

Bersandarkan kuasa yang dimiliki, model ini mampu menghambur 118 kuasa kuda (hp) pada 6,000 rpm, manakala tork maksimum pula adalah 153Nm pada 4,000 rpm.

Menggunakan transmisi SKYACTIV-DRIVE 6-kelajuan automatik dengan model manual, ia menjadikan Mazda3 1.5 antara model sedan pilihan kepada penggemar jenama Mazda.

Maklum balas kuasa yang diberikan enjin ini sebenarnya lebih rasional, malah lebih mengejutkan ia mampu memecut melebihi 180 kilometer sejam (km/j).


Prestasi memberangsangkan


Walaupun kotak gear pada model generasi baharu ini masih sama seperti sebelum ini, Mazda sebenarnya memberikan talaan baharu yang mana membuatkan transmisi bertindak balas lebih pantas, tukaran gear menjadi lebih laju.

Selain itu, mod manual juga memberikan tukaran terus setiap kali tangan anda menarik pedal +/- ketika menukar gear.

Menjengah ke dalam kabin, papan meter masih mengekalkan tiga lingkaran untuk tolok utama – takometer pada sebelah kanan, meter bahan api berkongsi ruang dengan tolok suhu bendalir penyejuk enjin di sebelah kiri.

Di bahagian tengah pula adalah meter kelajuan digital berwarna penuh (walaupun nampak seperti speedometer analog) dengan TFT-LCD tujuh-inci, yang akan turut memberikan pelbagai maklumat lain seperti sistem bantuan pemanduan dan sebagainya.

Tidak cukup dengan itu, pemandu turut akan dibantu dengan paparan head-up yang sangat jelas dipancarkan ke cermin hadapan, juga memberikan bacaan speedometer dan juga maklumat lain kepada pemandu tanpa perlu pandangan mata dialihkan.

Skrin utama untuk sistem infotainmen kereta ini tidak ‘ditanam’ ke dalam papan pemuka, sebaliknya ia berdiri sendiri pada bahagian tengah.

Lebih menarik, semua model baharu Mazda tiada skrin sesentuh atas alasan keselamatan dan penyelesaiannya adalah sistem infotaimen MZD Connect Mazda dibekalkan dengan suis kawalan putar yang digelar Commander Control.

Berdasarkan pengamatan penulis ketika memandu uji Mazda 1.5, tahap keseimbangan antara prestasi dan keselesaan amat baik yang mana menjadikannya sebagai sedan premium.

Bukan setakat premium pada rasa, Mazda3 1.5 ini turut tampil dengan kelengkapan keselamatan antara yang tertinggi dalam kelasnya termasuk sistem G-Ventoring Control dan juga fungsi keselamatan penuh Mazda i-Activsense yang terdiri dari Sistem Lampu Hadapan Adaptif (AFS), Kawalan Lampu Tinggi (HBC), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Sistem Amaran Keluar Lorong (LDWS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Amaran Perhatian Pemandu (DAA), Sokongan Brek Bandar Pintar (SCBS).

Buat pertama kali, Mazda3 menawarkan sistem Mazda Radar Cruise Control (MRCC).

Ciri keselamatan asas lain turut diberikan standard untuk semua varian seperti brek ABS bersama EBD dan EBA, bantuan mula mendaki (HLA), Kawalan Dinamik Kestabilan (DSC) dan tujuh beg udara.


Info:


Mazda3 1.5 Sedan

* Harga atas jalan tanpa insurans RM139,620

* Enjin SKYACTIV-G 1.5L DOHC 16-Injap 4-Silinder dengan VVT

* 118 hp @ 6,000 rpm, tork maksimum 153Nm @ 4,000 rpm

* Fungsi keselamatan : Sistem Lampu Hadapan Adaptif (AFS), Kawalan Lampu Tinggi (HBC), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Sistem Amaran Keluar Lorong (LDWS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Amaran Perhatian Pemandu (DAA), Sokongan Brek Bandar Pintar (SCBS)


 
direct injection..

ramai komplen enjin skyactive ni mudah kotor injectors dia..

mungkin gred minyak Malaysia ni masih xsetaraf negara maju kot..
 
direct injection..

ramai komplen enjin skyactive ni mudah kotor injectors dia..

mungkin gred minyak Malaysia ni masih xsetaraf negara maju kot..

sekarang petrol RON95 dah EURO4M jadi sulfur dah berkurang 10 kali ganda dari 500ppm kepada 50ppm saja.
 
sekarang petrol RON95 dah EURO4M jadi sulfur dah berkurang 10 kali ganda dari 500ppm kepada 50ppm saja.

..uiks..teruk sgt tu RON 95..
 
Back
Top
Log in Register