BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proton Lancar Sedan Baharu S70

Proton S70 Di Jual Pada Harga Bermula RM 73,800

Proton S70 akhirnya dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan pada harga yang pastinya mengejut peminat kenderaan segmen C. Kereta sedan ini mungkin jatuh ke dalam segmen C tetapi harga jualannya lebih setara kenderaan segmen B yang lebih kecil seperti Honda City. Di Malaysia harga jualan S70 bermula daripada RM 73,800 sebuah untuk model Executive. Ini kemudiannya meningkat ke RM 79,800 untuk model Premium, RM 89,800 untuk model Flagship dan RM 94,800 untuk model Flagship X yang paling mercu di antara keempat-empat model yang dihasilkan Proton. Perbezaan antara model ialah tiada sistem ADAS pada model Premium dan Executive yang boleh dikatakan sedikit mengecewakan bagi kenderaan 2023.
1701171861535.png

Walaupun begitu Proton masih menyertakan enam beg udara serta enjin 1.5L turbo yang menghasilkan 150 kuasa kuda sebagai standard. Ini dipadankan kepada sistem 7 gear automatik dwi-klac dengan kawalan manual. Pemilik boleh memilih tiga mod pemanduan iaitu Eco, Comfort atau Sport. Di dalam kabin terdapat skrin info hibur sesentuh sebesar 12.3″ yang turut boleh dikawal menggunakan arahan suara “Hi Proton”. Penstriman muzik daripada telefon pintar boleh dilakukan tetapi tanpa sokongan Android Auto atau Car Play. Lima port USB-A diletakkan dalam kabin untuk keperluan pelbagai peranti elektronik serta pengecas nirwayar di bahagian hadapan.
1701171884870.png

Setiap kenderaan juga hadir dengan insurans selama lima tahun tanpa had bantuan, dan perkhidmatan buruh percuma sebanyak enam kali ketika melakukan servis kenderaan. Bagi pembeli Flagship dan Flagship X pula, data percuma 1GB sebulan juga diberikan untuk lima tahun pertama.​
Fuhh boleh tahan rega
 
Proton Terima 1,200 Tempahan S70

29.11.2023 - Proton telah menerima kira-kira 1,200 tempahan untuk model sedan terbaharu, S70 setakat ini selepas pesanan dibuka pada hujung Oktober lalu. Menurut Naib Presiden Jualan dan Selepas Jualan Proton Edar, Edmund Lim Meng Thong, model itu merupakan sedan segmen-C yang dibangunkan bersama Geely selepas X70, X50 dan X90. Katanya, empat varian ditawarkan iaitu Flagship X, Flagship, Premium dan Executive.

“Berdasarkan tempahan yang diterima, varian Flagship dan Premium antara yang mendapat lebih sambutan. Semasa pelancaran tadi kita ada buat tawaran kit badan untuk varian Flagship X. Mungkin permintaan untuk varian itu akan meningkat,” katanya ketika sidang akhbar selepas pelancaran model itu di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini semalam.

Tambahnya, beliau menjangkakan jumlah tempahan akan terus meningkat selepas harga model itu diumumkan.

“Semua yang membuat tempahan tidak tahu harga sebenar kereta ini sehingga diumumkan sebentar tadi (semalam). Kami menjangkakan akan menerima lebih 5,000 tempahan menjelang penghujung tahun ini,”ujarnya.

Model terbaharu ini telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Kereta sedan itu menggunakan enjin 1.5 liter turbo dengan transmisi tujuh kelajuan automatik DCT. Kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 150 PS pada 5,500 rpm dan tork tertinggi 226 Nm pada 1,750 hingga 4,000 rpm.
1701226582434.png
 
sesuai untuk pembeli yang mempunyai tahap kesabaran sangat tinggi sanggup berbulan menunggu alat ganti import dari tanah besar

masa covid ari tu betullah susah
sekarang masih sama ke?

kdg2 salah management team je ni
aku ada member dlm grup dari singapork pakai cx5 laju je dapat sparepart walaupun kat sana tak bnyk cx5 berbanding malaysia
bermaz malaysia dgrnya slow jugak
 
Proton Terima 1,200 Tempahan S70

29.11.2023 - Proton telah menerima kira-kira 1,200 tempahan untuk model sedan terbaharu, S70 setakat ini selepas pesanan dibuka pada hujung Oktober lalu. Menurut Naib Presiden Jualan dan Selepas Jualan Proton Edar, Edmund Lim Meng Thong, model itu merupakan sedan segmen-C yang dibangunkan bersama Geely selepas X70, X50 dan X90. Katanya, empat varian ditawarkan iaitu Flagship X, Flagship, Premium dan Executive.

“Berdasarkan tempahan yang diterima, varian Flagship dan Premium antara yang mendapat lebih sambutan. Semasa pelancaran tadi kita ada buat tawaran kit badan untuk varian Flagship X. Mungkin permintaan untuk varian itu akan meningkat,” katanya ketika sidang akhbar selepas pelancaran model itu di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini semalam.

Tambahnya, beliau menjangkakan jumlah tempahan akan terus meningkat selepas harga model itu diumumkan.

“Semua yang membuat tempahan tidak tahu harga sebenar kereta ini sehingga diumumkan sebentar tadi (semalam). Kami menjangkakan akan menerima lebih 5,000 tempahan menjelang penghujung tahun ini,”ujarnya.

Model terbaharu ini telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Kereta sedan itu menggunakan enjin 1.5 liter turbo dengan transmisi tujuh kelajuan automatik DCT. Kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 150 PS pada 5,500 rpm dan tork tertinggi 226 Nm pada 1,750 hingga 4,000 rpm.
1701226582434.png
yang 3 tu dah ada tempahan tak?
ke free gift utk flagship ?
 
Back
Top
Log in Register