BTC USD 83,759.4 Gold USD 4,295.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Proton Lancar Sedan Baharu S70

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,630
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,630
Reaction score
7,745
Points
916
01.11.2023 - Syarikat pembuat kereta, Proton Holdings Bhd secara rasmi melancarkan Proton S70, model sedan baharu yang pertama ditambahkan ke barisan model Proton semenjak pelancaran Proton Persona pada Ogos 2016. Model ini akan dihasilkan di kilang di Tanjung Malim, Perak. Majlis penyerahan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Perindustrian (MITI), Datuk Hairil Yahri Yaacob. Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, Proton S70 mencatatkan bab baharu bagi Proton kerana kembali ke pasaran sedan keluarga.

"Kami meletakkan harapan tinggi bahawa ia akan menjadi popular dalam kalangan peminat Proton yang sedia ada dan baharu serta membantu kami kembali ke puncak segmen pasaran yang sebelum ini diterajui oleh model seperti Proton Wira, Waja dan Preve. Upacara penyerahan hari ini adalah satu lagi langkah penting bagi Proton dalam usaha kami bersama DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd untuk menjadikan Tanjung Malim dan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) sebagai hab automotif kebangsaan,” katanya.

Sejak 2019, syarikat telah melabur lebih RM1.8 bilion bagi menaik taraf kemudahan di Tanjung Malim.

"Ini memberi harapan yang baik untuk masa depan syarikat, kerana kami berhasrat untuk mengembangkan rangkaian penawaran untuk merangkumi lebih banyak Kenderaan Tenaga Baru (NEV) dan juga, kenderaan elektrik,” katanya.
​
1698823496027.png
 
Bkn keta nasional dh baik beli Honda atau Toyota
 
Varian Exec, Premium, Flagship, Flagship X; Semua 6 Beg Udara, ADAS Hanya Untuk Flagship

Proton baru sahaja mendedahkan imej awal untuk sedan segmen-C baharu Proton S70 hari ini, dengan mengesahkan sedikit perincian awalan seperti enjin 1.5 liter Turbo dan juga transmisi klac berkembar automotik tujuh kelajuan 7DCT. Namun menerusi perbincangan di Facebook Group paultan.org Automotive/Car Discussion, seorang pengguna telah berkongsi slaid pembentangan yang mungkin dari sesi latihan penasihat jualan memaparkan varian-varian untuk S70 ini serta kelengkapan yang dibekalkan.​

1698823678504.png

Menerusi slaid itu dapat dilihat S70 akan ditawarkan dalam empat varian berbeza iaitu 1.5T Executive, 1.5T Premium, 1.5T Flagship dan 1.5T Flagship X. Jadi keempat-empat varian ini nampaknya menggunakan enjin yang sama, berkemungkinan adalah enjin 1.5 liter tiga silinder PFI, tanpa pilihan enjin 1.5T-GDI seperti pada SUV X50 Flagship dan X70 1.5 T-GDI. Pada X50 dalam varian Premium dan ke bawah, enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa 150 PS pada takat 5,500 rpm dan tork maksima 226 Nm bermula 1,500 rpm hingga 4,000 rpm. Walaupun tidak menerima enjin T-GDI yang menghasilkan 177 PS/255 Nm, enjin pada S70 ini masih jauh lebih berkuasa dari model asal Geely Emgrand yang hanya menerima enjin 1.5 liter NA 114 PS/147 Nm di China.​

1698823752660.png

Untuk kelengkapan, S70 varian 1.5T Executive menerima rim aloi 16-inci dan juga lampu hadapan halogen di sebelah luar. Dalam kabin ia hanya diberikan upholsteri fabrik, meter analog dengan skrin pelbagai informasi monokrom bersaiz 3.25-inci, skrin infotainmen bersaiz 8-inci, sistem cruise control biasa, butang penghidup enjin dan sistem kemasukan pintar tanpa kunci tetapi hanya untuk pintu pemandu. Untuk keselamatan pula ia menerima sistem asas brek ABS, EBD dan BA serta kawalan traction, bantuan mula mendaki dan enam beg udara. Ia juga diberikan beberapa kelengkapan keselamatan aktif asas termasuk amaran lintasan trafik belakang (RCTA), amaran pelanggaran belakang, amaran buka pintu dan bantuan kekal lorong.​

1698823765840.png

Bagi varian 1.5T Premium pula, lampu hadapan ditingkat taraf dengan lampu LED automatik serta diberikan bar lampu pada penutup but yang bersambung dengan lampu belakang. Dalam kabin pula ciri lebih baik untuk model 1.5T Premium ini hanyalah upholsteri kulit sintetik Leatherette, sementara perincian lain adalah masih sama seperti varian Executive. Manakala untuk keselamatan, varian 1.5T Premium ini menerima penambahan kamera undur serta penderia parkir di hadapan dan belakang.
​
1698823718389.png

Varian 1.5T Flagship pula di lihat menerima perincian hampir paling lengkap. Pada bahagian luar, bermula varian ini S70 menerima rim aloi lebih besar berdiameter 17-inci serta diberikan bukaan induktif untuk but belakang. Dalam kabin meter analog diganti dengan meter digital penuh dengan skrin 10.25-inci berresolusi tinggi 1920 X 720. Manakala pada skrin infotainmen ia diberoperasi dengan sistem Android dan Atlas serta diberikan fungsi arahan suara. Selain itu ia juga menerima tempat duduk pemandu larasan elektrik dan juga pengecas telefon pintar tanpa wayar, kamera pemantau 360 darjah dan juga sistem pemantau tekanan angin tayar (TPMS).
​
1698823738524.png

Untuk keselamatan pula varian 1.5T Flagship ini menerima sistem bantuan pemanduan termaju dengan kebolehan pemanduan autonomi Tahap 2 seperti pada model X90 dengan perincian seperti brek kecemasan automatik, bantuan kekal lorong, cruise control adaptif dengan fungsi stop & go. Walau bagaimanapun pada slaid berkenaan sudah tertulis S70 tidak diberikan sistem bantuan kecemasan mengekalkan lorong dan juga bantuan parkir automatik. Varian 1.5T Flagship X menerima semua princian yang sama seperti varian Flagship, dan satu-satunya penambahan dibuat pada varian paling mahal ini adalah pemandanan bumbung suria.
​
1698823783786.png

Walau bagaimanapun ada beberapa perincian masih belum terjawab. Dalam beberapa imej yang bocor sebelum ini S70 dilihat menampilkan dua jenis gril hadapan yang berbeza iaitu gril dengan elemen rekaan infinite weave seperti pada X50 dan X70 dan juga gril dengan elemen rekaan pin krom/kain songket seperti yang didedahkan menerusi set gambar awalan yang disiarkan hari ini. Malah sebelum ini turut dapat dilihat S70 mengenakan kit badan yang terdiri dari spoiler bawah bampar hadapan, skirt sisi, diffuser belakang lebih agresif dan spoiler ‘ekor itik’ pada penutup but untuk unit yang menjalani penggambaran iklan.
​
1698823805853.png

Pagi tadi Proton telah mengumumkan bahawa tempahan Proton S70 ini sudahpun dibuka di semua bilik pamerannya seluruh negara dengan bayaran RM500. Ia dijangka akan dilancarkan pada bulan ini, dan sebelum ia pelancaran rasminya Proton akan mengadakan sesi pra-tonton di beberapa ibu negeri utama di Malaysia bermula dari 11 November 2023 bagi membolehkan pelanggan yang berminat melihatnya secara lebih dekat.

Sumber asal https://paultan.org/2023/11/01/prot...-semua-6-beg-udara-adas-hanya-untuk-flagship/​
 
Tempahan Untuk Proton S70, Pesaing Honda Civic Telah Di Buka Dengan Deposit RM500 Sahaja

Pengeluar kereta nasional, Proton memperkenalkan model kereta sedan baharu, S70. Tempahan untuk model ini juga sudah dibuka di semua cawangan pengedar Proton dengan bayaran deposit RM500. Proton S70 adalah model sedan baharu pertama yang perkenalkan dalam tempoh 7 tujuh tahun selepas Proton Persona yang dilancarkan pada 2016. Ia juga adalah model kedua baharu yang dilancarkan Proton pada tahun 2023.

231101-Proton-S70-02-1024x659.jpg
231101-Proton-S70-03-1024x661.jpg


Proton S70 merupakan model Proton keempat yang dibangunkan bersama Geely, pembuat kereta China, selepas X70, X50 dan X90 hibrid. Sama seperti semua model yang diperkenalkan Proton bersama Geely, sedan baharu ini dibangun berdasarkan Geely Emgrand, generasi keempat.

Setakat ini masih tidak dapat dipastikan varian yang ditawarkan ataupun harganya. Namun apa yang boleh dipastikan, S70 yang hadir dengan slogan “Intelligence that Evolves” ini, dijana enjin 1.5 liter turbo dengan bersama gadingan kotak gear klac berkembar transmisi automatik.

231101-Proton-S70-05-1024x683.jpg
231101-Proton-S70-07-1024x683.jpg
231101-Proton-S70-06-1024x683.jpg
231101-Proton-S70-04-1024x683.jpg


Sebelum majlis pelancaran rasminya, pelanggan yang berminat boleh melakukan pra-tinjauan untuk melihat model ini secara lebih dekat dan peribadi di beberapa ibu negeri utama di Malaysia bermula 11 November 2023 nanti.​
 
Back
Top
Log in Register