TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Premis cawangan Maybank di Bandar Baru Salak Tinggi terbakar awal pagi Jumaat.
PETALING JAYA: Pelbagai dokumen dan peralatan pejabat rosak dalam kebakaran yang berlaku di premis Maybank cawangan Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, awal pagi Jumaat.
Pasukan Bomba dan Penyelamat menerima berita kejadian itu berlaku pada pukul 3.19 pagi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Yahya Mohd Sham berkata, pihaknya turut mendapat bantuan anggota dari balai bomba Sepang.
"Sebaik sampai, didapati asap kelihatan keluar dari bahagian depan dan belakang premis," katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.
Beliau berkata, seramai 18 anggota dari kedua-dua balai terbabit membantu memadamkan kebakaran di mana anggota balai KLIA tiba pada pukul 3.27 pagi, manakala Sepang pula pada pukul 4.24 pagi.
Yahya yang mengetuai operasi itu berkata, kebakaran itu dapat dikawal pada pukul 4.15 pagi. -mstar