BTC USD 85,272.8 Gold USD 4,330.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rumah terbakar lebih 50 kali hantui penduduk

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,370
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,370
Reaction score
346
Points
141

Rumah terbakar lebih 50 kali hantui penduduk​

Rumah-Terbakar-Berulang-Kali.webp

KEADAAN sebuah rumah di Sleman yang merekodkan kebakaran misteri berulang kali. - FOTO KOMPAS

JAKARTA – Misteri kebakaran berulang yang berlaku pada sebuah kediaman sehingga menggemparkan penduduk setempat akhirnya terungkai, lapor laman berita BangkaPos hari ini.

Rumah milik Agus Yani yang terletak di Sleman, Yogyakarta itu mengalami insiden kebakaran sebanyak 55 kali dengan api pertama direkodkan pada 23 Mei 2026. Menurut BangkaPos, api itu muncul secara tiba-tiba di pelbagai sudut kediaman tersebut.

Ia membakar pakaian, sofa, karpet dan perabot rumah. Kemunculan api misteri itu menjadi buah mulut penduduk sekitarnya dan mendapat perhatian pasukan penyelidik Universiti Gadjah Mada.

Selepas melakukan lawatan dan penelitian bersama pemimpin setempat hari ini, mereka mempercayai kebakaran  berlaku disebabkan oleh gas metana yang muncul dari bawah permukaan tanah di tapak tersebut.

Pemimpin tempatan, Harda Kiswaya berkata, pihak berkuasa menunggu hasil siasatan lanjut sebelum mengambil tindakan seterusnya, termasuk kemungkinan menempatkan keluarga itu di tempat lain.

“Ketika ini, kebakaran masih tertumpu di rumah Agus. Kami akan menuruti cadangan ahli-ahli akademik sambil memantau perkembangan untuk tempoh satu bulan lagi,” kata Harda.

Menurut seorang penyelidik berkenaan, hasil kajian awal mendapati pengumpulan gas metana yang keluar dari celah-celah tanah dan masuk ke dalam kediaman mangsa. Gas itu mudah terbakar, katanya. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register