BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat lelaki ditemui dalam semak

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,242
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,242
Reaction score
1,659
Points
201
Mayat lelaki ditemui dalam semak
FB_IMG_1671631904961.jpg

SEREMBAN – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tergantung di pokok di kawasan semak berhampiran Jalan College Height, Mantin di sini pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superitendan, Mat Ghani Lateh berkata, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung penemuan mayat dalam semak daripada orang awam lebih kurang pukul 9 pagi.

“Berdasarkan identiti, mayat itu adalah seorang lelaki berusia 34 tahun dan siasatan awal tempat kejadian telah dilakukan bersama pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk proses bedah siasat dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mat Ghani berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, sehubungan itu pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya kepada pihak polis. – KOSMO! ONLINE
 
Back
Top
Log in Register