BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Dalam Sungai

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,717
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,717
Reaction score
97
Points
80
a4297cd521a76b272af13142a89bc8e2696f11c2b6dff

Kredit: JBPM Pulau Pinang

Mayat seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri ditemukan terapung dalam sungai berhampiran jambatan Jalan Titi Timbul, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata bomba menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada 9.28 pagi daripada pihak polis.

“Sebanyak lima anggota bomba termasuk penyelia dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal terlibat dalam operasi mengeluarkan mayat itu dari sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat pada 10.42 pagi.

 
Back
Top
Log in Register