BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Di Sungai Kalansanan Inanam

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,188
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,188
Reaction score
346
Points
141
0958eebad5f8fc0691a86ae516dcc1c869a3f14a3c2f6


Mayat seorang lelaki berusia 34 tahun ditemukan terapung di tepi Sungai Kalansanan, Kampung Kalansanan, Inanam, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata pihaknya menerima panggilan telefon berhubung kejadian itu pada 10.27 pagi daripada seorang petugas Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Sejurus menerima maklumat, pasukan polis yang berada berhampiran telah digerakkan ke lokasi kejadian. Siasatan awal mendapati mayat lelaki itu ditemukan kira-kira 30 meter dari jalan utama di tepi Sungai Kalansanan.

“Hasil pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kesan kecederaan atau tanda-tanda perbuatan jenayah pada tubuh si mati. Identiti si mati telah dikenal pasti, dan berstatus Pemastautin Tetap (pemegang Kad Pengenalan MyPR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

Kasim menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis, serta menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa.

 
Back
Top
Log in Register