BTC USD 76,493.1 Gold USD 4,346.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mayat Subkontraktor Lelaki Ditemukan Terapung

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146
fa0bdd83257ddabdb4257fcd53baf5d5699ba96e47c45

Kredit: IPD Pontian

Seorang subkontraktor lelaki yang terjatuh dari bot ketika keluar memancing bersama dengan anak angkatnya di Jeti Bumbung Biru, Tanjung Ayer Hitam dekat Kayu Ara Pasong, Pontian pagi semalam, ditemukan meninggal dunia malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian Superintenden Hadzrat Mion Hussein berkata mayat Tan Siang Fook, 55, ditemukan terapung di permukaan air di sebelah tebing kiri menghala ke Pontian Besar, kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh, pada kira-kira 10.30 malam.

“Mayat mangsa itu ditemukan oleh seorang lelaki tempatan, Mohamad Azwan Abdul Aziz, yang turut membantu operasi mencari bersama rakan-rakannya dengan menaiki bot bermula sekitar 9.30 malam,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati mangsa berpakaian lengkap dan tiada sebarang kesan kecederaan luaran pada tubuh mangsa.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti Kampung Tanjung Ayer Hitam dan pemeriksaan lanjut mendapati kad pengenalan dirinya dijumpai di dalam beg pinggang yang dipakai.

Hazrat Mion berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Pontian untuk proses bedah siasat.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat itu melibatkan Polis Diraja Malaysia dari IPD Pontian, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam serta Kementerian Kesihatan dengan kehadiran penduduk kampung di sekitar kawasan jeti.

Semalam, Hadzrat Mion memaklumkan bahawa Tan dipercayai lemas ketika keluar memancing bersama dengan anak angkatnya, Chong Hao Chen, 9, dan ketika kejadian, mangsa  menaiki sebuah bot berenjin 20 kuasa kuda yang disewa sekitar 8 pagi.

Beliau berkata bot itu dipercayai melanggar sebatang kayu yang melintang di laluan air sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam sungai, kira-kira 800 meter dari jeti.

 
Back
Top
Log in Register